Sabtu, 17 November 2012

ANTARA KEBIADAPAN DAN HAK BERSUARA

Menjerat Pihak Berkuasa Untuk Bertindak Atau Tidak

IRENE FERNANDEZ  nampaknya semakin mengada-ngada. Barangkali, disebabkan beberapa kebiadapan yang dilakukannya sebelum ini tidak mendatangkan kudis kepadanya mahupun geng-gengnya, maka dia semakin banyak lemak. Kerana terlalu biadap dan durhaka wajahnya pun sudah macam pontianak! Bayangkan bagaimana kalau pontianak menggigal di tengah malam.
            Terbaru dalam laporan dalam The Malaysian Insider , Irene begitu bongkak mempersoalkan artikal 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuaan yang menyentuh hak orang-orang Melayu dan agama Islam yang didakwanya itu adalah punca berlakunya isu diskriminasi kaum di negara ini di sini
            Kebiadapannya itu menyebabkan Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris, meminta Irene memulangkan semula taraf kewarganegaraanya kepada kerajaan Malaysia dan keluar daripada negara ini berikutan dia dilihat sudah tidak lagi taat dan patuh kepada perlembagaan negara  di sini.
            Bagi penulis, bukan Irene sahaja bahkan rakan-rakan serta sekutu dan orang-orang yang mendokong perjuangan Irene ini juga wajar berbuat demikian. Seperti kata Irwan, pergilah cari negara yang bersesuaian dengan hati naruni mereka jika perlembangaan Malaysia ini tidak serasi dengan mereka. Apa yang ditunggu lagi jika hidip di Malaysia ini menyakit dan menyiksakan. Ayuh, silakan dengan segala hormatnya!
            Kadang-kadang penulis pun jadi keliru, ayat-ayat macam manakah yang dikatakan berunsur menghasut, penghasutan, boleh menimbulkan suasana tegang atau tidak aman? Padahal, perbuatan mencabar dan mencabul perlembagaan persekutuan adalah jelas dan terang bersalahan dan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Kalau degil juga, wajib ditendang dari negara ini!
            Justeru, tidakkah perilaku Irene itu telah mencabar perlembagaan negara serta kebaculan dan kebiadapannya itu tidakkah boleh menimbulkan suasana huru hara kaum? Atau, ianya akan tersabit sekiranya huru hara itu telah berlaku dan dalam skala besar! Begitu? Begitukah?


 Jagindas:  syarat kelulusan kewarganegaraan dan pelucutan  di sini





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.