Rabu, 21 November 2012

OBAMA SEGERA BERTINDAK

NAZRI...Bentangkan usul

Dewan Rakyat Lulus Usul Tergempar

TEKS PENUH pembentangan usul tergempar mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin semalam di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz  klik di sini.
            Menerusi usul yang diluluskan sebulat suara itu, sepuluh ketetapan telah diambil, iaitu:

SELAMAT PENGANTIN BARU


Dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan




SEBULAN DUA INI biasalah. Musim orang nikah kahwin, kita selalu ucapakan "selamat pengantin baru.." kepada semua pengantin terbabit. Pengantin tambah berseri dan tersenyum simpul malu-malu. Musim hujan pula merunsingkan mak bapak pengantin kalau-kalau kenduri terkantoi, namun bagi pengantin, lagi lebat hujan yang turun lagi bagus..
          Pun begitu, banyak antara kita terlupa untuk mengucap dan meraikan ulangtahun perkahwinan. Kalau ada kelapangan dan ada modal bawak-bawaklah berbulan madu mengimbau masa dulu-dulu...
          Justeru, penulis juga ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada pembaca-pembaca blog yang kebetulan bertepatan pada hari ini.
          Untuk isteri/isteri-isteri marilah ku dengarkan lagu ini. Dengarkan juga puisi ini klik di sini


Jagindas: Tahun ke 26 - seorang putera dan tiga orang padusi


Selasa, 20 November 2012

JADILAH RAKAN COP


Bersama Kita Cegah Jenayah!


ADA rakan penulis komen, mengapa dalam iklan itu menggunakan animasi polis wanita? Mengapa tidak lelaki atau taruhlah dua-dua sekali!
             "Selalu saja wanita dijadikan daya penarik iklan. Tidakkah itu dikatakan pengeksploitasian kaum wanita?",  katanya.
            Penulis tak layan pun, untuk ambil hatinya penulis rakamkan gambar iklan tersebut. Agak-agak, ada hal ke dengan iklan tu?



Jagindas: Mengada-ngada, benda-benda macam itupun nak komen..Yang penting ayuh, kita bantu polis demi kesejahteraan bersama, orait!


MELAYU BOLEH TERUS GAH

Yang DiPertuan Agong Pertama

Jika Tidak Lupa Diri!

HUJUNG BULAN INI, InsyaAllah akan berlakulah perhimpunan Melayu Umno. Kita yakin perhimpunan kali ini adalah yang terakhir bagi musim atau penggal ini kerana mahu tidak mahu sebelum April, 2013 satu pilihanraya umum mesti diadakan bagi memilih sebuah kerajaan baru atau memperbaharui kerajaan setelah genap tempoh pemerintahan lima tahun mengikut Perlembagaan Persekutuan bagi sebuah negara yang berpaksikan demokrasi berparlimen.
            Sasterawan, penulis tersohor dan juga seorang aktivis, Kassim Ahmad, di blognya turut mengulas sekilas pandang terhadap perjuangan Umno sejak bermulanya, jatuh bangunnya sehinggalah ke hari ini. Dengan jelasnya, Umno adalah wadah pertama orang-orang melayu menempa kemerdekaan negara ini yang kemudiannya Umno menjadi goyah akibat perubahan sikap ahli-ahli yang lebih memperjuangkan meterial serta sanggup melakukan rasuah politik demi untuk berkuasa mahupun mengekalkan kuasa mereka. Tuhan telah memberikan signal pertamanya akibat sikap tamak dan sombong itu apabila Umno diharamkan pada 1997. Malah, ternyata meskipun ia telah dipulihkan semula namun keadaan dalam Umno sentiasa bergolak berikutan masih ramai ahli-ahlinya yang gagal mengawal nafsu dan tidak menjadikan signal pertama itu sebagai sempadan untuk membetulkan saf.  
            Kebetulan pilihanraya juga akan berlaku tidak berapa kama lagi, tulisan Kassim Ahmad itu penulis sifatkan sebagai ingatan daripada tok imam kepada makmum sebelum melakukan sembahyang hari raya kerana sembahyang berkenaan dilakukan setahun sekali.