Yang DiPertuan Agong Pertama |
Jika Tidak Lupa Diri!
HUJUNG BULAN INI, InsyaAllah akan berlakulah perhimpunan
Melayu Umno. Kita yakin perhimpunan kali ini adalah yang terakhir bagi musim
atau penggal ini kerana mahu tidak mahu sebelum April, 2013 satu pilihanraya
umum mesti diadakan bagi memilih sebuah kerajaan baru atau memperbaharui
kerajaan setelah genap tempoh pemerintahan lima tahun mengikut Perlembagaan
Persekutuan bagi sebuah negara yang berpaksikan demokrasi berparlimen.
Sasterawan,
penulis tersohor dan juga seorang aktivis, Kassim Ahmad, di blognya turut
mengulas sekilas pandang terhadap perjuangan Umno sejak bermulanya, jatuh
bangunnya sehinggalah ke hari ini. Dengan jelasnya, Umno adalah wadah pertama orang-orang
melayu menempa kemerdekaan negara ini yang kemudiannya Umno menjadi goyah
akibat perubahan sikap ahli-ahli yang lebih memperjuangkan meterial serta
sanggup melakukan rasuah politik demi untuk berkuasa mahupun mengekalkan kuasa
mereka. Tuhan telah memberikan signal pertamanya
akibat sikap tamak dan sombong itu apabila Umno diharamkan pada 1997. Malah,
ternyata meskipun ia telah dipulihkan semula namun keadaan dalam Umno sentiasa
bergolak berikutan masih ramai ahli-ahlinya yang gagal mengawal nafsu dan tidak
menjadikan signal pertama itu sebagai
sempadan untuk membetulkan saf.
Kebetulan
pilihanraya juga akan berlaku tidak berapa kama lagi, tulisan Kassim Ahmad itu
penulis sifatkan sebagai ingatan daripada tok imam kepada makmum sebelum
melakukan sembahyang hari raya kerana sembahyang berkenaan dilakukan setahun
sekali.
Bagi penulis, apa yang disentuh oleh Kassim adalah satu sentuhan biasa malah itu jugalah yang bermain dibenak orang-orang melayu yang memikir dan menginsafi survival masa depan orang melayu di negara ini.
Bagi penulis, apa yang disentuh oleh Kassim adalah satu sentuhan biasa malah itu jugalah yang bermain dibenak orang-orang melayu yang memikir dan menginsafi survival masa depan orang melayu di negara ini.
Penulis
percaya Kassim sendiri maklum realiti itu namun apakah lagi yang terdaya
dilakukan oleh seorang pejuang yang sudah tua selain dari memberi dan
mengulang-ngulang nasihat, pandangan dan pemikirannya kepada generasi bawahan
mahupun yang masih dalam seperjuangan terutama pemimpin-pemimpin dan
orang-orang kanan kerajaan serta swasta. Berikut penulis petik intipati tulisan
Kassim Ahmad, katanya:
"Pertama, ahli-ahli
parti mesti dididik dengan falsafah dan prinsip-prinsip perjuangan parti. Hanya
ahli-ahli yang melalui proses pendidikan ini boleh menjadi ahli parti. Kedua, kader dan pemimpin mesti
melalui proses pendidikan yang lebih tinggi untuk melayakkan diri mereka
menjadi kader dan pemimpin. Ketiga, semua perkara, termasuk dasar
parti dan pemilihan pemimpin hendaklah dilakukan melalui kaedah
perundingan secara demokratik. Keempat, Perhimpunan
Agung Tahunan harus dijadikan pentas dan alat untuk menegur, mengkritik dan
mencetuskan perubahan dan reformasi, dari atas ke bawah dari bawah ke atas.
Perubahan dan reformasi inilah yang senantiasa akan menyegarkan
parti.
Ingat
sejak timbulnya “politik wang” dalam UMNO, cawangan-cawangan UMNO menjadi milik
sesuatu keluarga. Ketua cawangan dan bahagian mahu mencari habuan
material, bukan untuk perjuangan bangsa lagi. Orang-orang yang berkaliber
dihalang daripada memasuki sesatu cawangan, kerana ketua cawangan takut
kedudukannya akan hilang!"
[teks
penuh tulisan Kasim Ahmad klik di sini]
Amat
benarlah, lupa diri adalah satu sikap yang mencelaka diri dan memparakkan hubungan. Demikian dalam Umno, dek
kerana sifat itulah juga sehingga kini dilihat begitu sukar Umno untuk
mengembalikan semangat asal perjuangan parti itu di kalangan ahli-ahlinya
terutama pemimpin-pemimpinnya di peringkat akar umbi yang didorong oleh nafsu
material.
Tidak salah
merebut material. Bahkan itulah juga salah satu matlamat kemerdekaan iaitu
untuk mewujudkan satu bangsa yang bermarwah dari segi politik, ekonomi dan
sosialnya. Namun, ia semacam menjadi senjata makan tuan apabila "sikap
lupa diri" menguasai setelah manusia itu terlepas daripada kongkongan
papa, duka dan nestapa. Benarlah kata Tun Mahathir sedikit masa dulu: MELAYU MUDAH
LUPA! Kalau kita imbau kembali
ketika Tun membacakan pusi "Melayu Mudah Lupa" terdapat
mencelah-celah perwakilan yang gelak ketawa. Itulah satu contoh keadaan dimana
melayu itu tidak faham bahasa. Sedangkan setiap bait sajak itu memukul minda
perwakilan dan melayu sejagat! Maka, kalau begitulah cerminya akan sukarlah nak
berubah.
Melayu
semakin ditimpa malang apabila gelagat Pas hari ini bagaikan satu cubaan
mengecilkan umat melayu di negara sendiri yang akibatnya, gema suara melayu
sebelum tahun 90an menjadi semakin lemah dan pudar. Umno, yang masih dibuai
keselesaan dilihat semacam tidak mampu berbuat apa-apa dan ia bertambah
tertekan dengan desakan-desakan rakan-rakan yang adakalanya dilihat bagaikan
mengambil kesempatan dari sebuah keperitan rakannya sendiri.
Semoga, tuan-tuan sekelian diberikan
taufik dan hidayah.
Jagindas: Genggam bara api biar sampai jadi arang! Hidup Melayuku!
generasi baru memang lemah terhadap peristiwa sejarah tanah air mereka sendiri. kalau adapun kebanyak mereka mendapat gambaran yang salah atau tidak tulen. Kementerian pendidikan dan penerangan kena buat sesuatu bagi memantapkan penguasan sejarah yang tulen perihal jatuh bangun negara ini kepada rakyatnya terutama orang melayu.
BalasPadam