Sabtu, 24 November 2012

HUKUM HUDUD SUDAH BERMULA

GAMBAR HIASAN: suasana di unisex saloon

Karpal Cadangkan Cabar Di Mahkamah

KARPAL SINGH meminta peniaga unisex saloon (tukang guntingnya perempuan) yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan di Kelantan berikutan mereka menerima pelanggan lelaki sama ada lelaki itu orang Islam atau pun bukan Islam supaya tidak membayar dendaan tersebut sebaliknya mencabarnya di mahkamah.
            Tindakan kerajaan negeri Kelantan itu dipercayai sebagai langkah awal melaksanakan hukum hudud di negeri itu yang antara lain mencegah pekerja wanita (Islam) melayan lelaki yang halal dinikahinya.
            Namun, ia tidak sahaja membataskan pekerja wanita Islam tetapi turut membabitkan perkerja wanita bukan Islam yang dilarang menerima pelanggan dari lelaki yang bukan Islam dan lelaki beragama Islam.
            Karpal Sing dalam bantahannya menyatakan tindakan kerajaan PAS itu bercanggah dengan dasar hukum hudud yang dicanang Pas sebelum ini bahawa pelaksanaan hukum itu tidak sama sekali melibatkan orang bukan Islam. Selain itu, Karpal mendakwa tegahan seperti itu juga tidak sepatutnya berlaku kepada semua pengusaha kedai gunting rambut yang menggunakan kaum wanita sebagai perkejanya.
            Kalaulah benar apa yang berlaku, maka penulis berpendapat dakwaan Karpal itu ada kebenaranya dan saranannya supaya pengusaha terbabit membawa kes berkenaan ke mahkamah juga ada logik serta relevan.
            Apa yang penulis mahu lontarkan kepada khalayak, apakah Pas faham sebenar-benarnya terhadap falsafah dan prinsip yang telah diuar-uarkannya sebelum ini. Dengan kata lain apakah Pas faham terhadap apa yang mereka katakan sebelum ini?
            Penulis pun rasa amat jelas bahawa Pas sering kali menegaskan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksankannya itu sama sekali tidak membabitkan orang bukan Islam. Realitinya sekarang (jika benarlah apa yang berlaku seperti yang didakwa oleh Karpal) hudud Pas adalah meliputi semua tanpa mengira bangsa dan agamanya.
            Atau.., apakah penguatkuasa yang tidak faham terhadap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri? Atau..., apakah ada kuasa dan fahaman bertindih? Atau..., ada orang yang mahu sabotaj hukum hudu Pas?
            Penulis, malah kita semua tentunya masih ingat bahawa Karpal pernah bertegas bahawa Pas perlu melangkah mayatnya dahulu jika hudud mahu dilaksanakan! Nah, sekarang nampaknya episod kata-kata Karpal itu sudahpun bermula...  
           

Jagindas: Nak lihat siapa akan langkah siapa dulu...

DERMA POLITIK RM40 JUTA UTK UMNO SABAH

RAFIZI

Rafizi Dan PR Terus Dapatkan Petunjuk

TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, Datuk Abu Seman ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat berkata kes kejadian rogol wanita warga asing di Balai Polis Prai baru-baru ini dilihat sebagai isu terpencil tetapi Polis Diraja Malaysia tetap memandangnya serius  di sini
            Boleh tidak kes yang didakwa Rafizi sebagai 'rasuah politik' membabitkan derma RM40 juta untuk UMNO Sabah yang menyebabka beliau tidak letih-letih dan tidak tidur malam menyalak pagi petang siang malam juga dikatakan isu terpencil?  lajut baca di sini  dan di sini
            Mana boleh! Nak pilihanraya umum ni kan?  OK, kalau begitu balun! Penulis tabik Rafizi ni sebab budak ni memang handal. Tidak adakah orang-orang BN yang hndal macam Rafizi?
            Kalau ada, lawan lah! Lawan, jangan tak lawan!



Jagindas:  tak upaya!

RAMAI SOKONG RAMAI JUGA BANTAH

MUSA HASAN: Mantan KPN


AES, AES, AES, AES, 




MAKLUMLAH, penulis tidak pernah berkhidmat sebagai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau mana-mana agensi penguatkuasa. Tetapi sejak heboh isu kamera AES diperkatakan oleh pelbagai pihak, barulah penulis jumpa jawapan yang agak tepat . Ketepatannya menghampiri 97% sejiwa dengan penulis    klik di sini

Oleh kerana kerajaan dan rakyat masing-masing masih lagi bertarik tali terhadap isu ini, maka penulis berharap semoga polemik AES ini kan terus berpanjangan...

Jagindas: Ramai rakan-rakan yang dah kena saman. Ramai juga yang sudah bayar takut JPJ tak keluarkan cukai jalan pulak. Ada seorang dua berkeras nak ke mahkamah jugak! 

Jumaat, 23 November 2012

TIADA QUNUT NAZILAH DAN SEMBAHYANG HAJAT

GAMBAR HIASAN: Sembahyang hajat perdana

Kelantan Tidak Sertai Selamatkan Palestin

BERITA jam lapan malam sebentar tadi memaklumkan semua negeri kecuali Kelantan telah melakukan qunut nazilah dalam sembahyang Jumaat tengah hari tadi diikuti dengan sembahyang sunat bermohon Allah Taala menyelamatkan Palestin sekali gus mengahancurkan rejim Yahudi.
            Alasan yang diberikan oleh imam-imam di Kelantan adalah kerana mereka tidak mendapat arahan rasmi daripada pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri itu.
            Bagi penulis, jika benar ikhlas umat Islam di Kelantan mahu bersama-sama umat Islam lain (bahkan umat Islam seluruh dunia) untuk mendoakan kesejahteraan saudara seislam di Palestin, saya fikir tidak perlulah menunggu arahan daripada mana-mana pihak.
            Kerajaan Malaysia pun tidak membuat arahan cuma sekadar meminta atau menyarankan semua masjid dan surau di negara ini berbuat demikian. Permintaan seumpama itu dizahirkan bagi menyelaraskan doa qunut dan sembahyang hajat itu dilakukan serentak pada Jumaat yang sama iaitu hari ini.
            Penulis percaya Kelantan pun sedia maklum terhadap saranan kerajaan pusat itu. Cumanya, degil! Bagi PAS apa sahaja yang datang dari kerajaan pusat, baik macam mana sekalipun, bagi mereka ia disifatkan tidak baik. Ia dirasakan oleh PAS ada unsur politik. Makanya, Kelantan rela memulaukan sahaja saranan itu. Tetapi, untuk mendoa dan mensembahyang hajatkan agar UMNO dan BN hancur, bila-bila pun boleh dan ia dianggap wajar dan halal.
            MasyaAllah!
            Pun begitu, mingggu lalu penulis ada menerima hikmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan-rakan di Kelantan yang meminta umat Islam membaca surah Al-Baqorah ayat 26-27,  surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 dengan niat mohon agar Allah menghancurkan Yahudi, Israel serta kuncu-kuncunya yang telah dan sedang menyiksa saudara se-Islam kita di Palestin.
            Menurut sms itu, pemintaan tersebut kononnya adalah dibuat oleh pemimpin Palestin, Hazbullah iaitu Syed Hassan Nazrullah. Oleh kerana sms itu jelas dengan peristiwanya, maka penulis tiada halangan untuk menunaikan permintaan tersebut dan memanjangkan sms berkenaan kepada rakan-rakan yang lain sebagaimana yang diharapkan oleh penghantar sms berkenaan.


Jagindas: sedih