Sabtu, 24 November 2012

HUKUM HUDUD SUDAH BERMULA

GAMBAR HIASAN: suasana di unisex saloon

Karpal Cadangkan Cabar Di Mahkamah

KARPAL SINGH meminta peniaga unisex saloon (tukang guntingnya perempuan) yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan di Kelantan berikutan mereka menerima pelanggan lelaki sama ada lelaki itu orang Islam atau pun bukan Islam supaya tidak membayar dendaan tersebut sebaliknya mencabarnya di mahkamah.
            Tindakan kerajaan negeri Kelantan itu dipercayai sebagai langkah awal melaksanakan hukum hudud di negeri itu yang antara lain mencegah pekerja wanita (Islam) melayan lelaki yang halal dinikahinya.
            Namun, ia tidak sahaja membataskan pekerja wanita Islam tetapi turut membabitkan perkerja wanita bukan Islam yang dilarang menerima pelanggan dari lelaki yang bukan Islam dan lelaki beragama Islam.
            Karpal Sing dalam bantahannya menyatakan tindakan kerajaan PAS itu bercanggah dengan dasar hukum hudud yang dicanang Pas sebelum ini bahawa pelaksanaan hukum itu tidak sama sekali melibatkan orang bukan Islam. Selain itu, Karpal mendakwa tegahan seperti itu juga tidak sepatutnya berlaku kepada semua pengusaha kedai gunting rambut yang menggunakan kaum wanita sebagai perkejanya.
            Kalaulah benar apa yang berlaku, maka penulis berpendapat dakwaan Karpal itu ada kebenaranya dan saranannya supaya pengusaha terbabit membawa kes berkenaan ke mahkamah juga ada logik serta relevan.
            Apa yang penulis mahu lontarkan kepada khalayak, apakah Pas faham sebenar-benarnya terhadap falsafah dan prinsip yang telah diuar-uarkannya sebelum ini. Dengan kata lain apakah Pas faham terhadap apa yang mereka katakan sebelum ini?
            Penulis pun rasa amat jelas bahawa Pas sering kali menegaskan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksankannya itu sama sekali tidak membabitkan orang bukan Islam. Realitinya sekarang (jika benarlah apa yang berlaku seperti yang didakwa oleh Karpal) hudud Pas adalah meliputi semua tanpa mengira bangsa dan agamanya.
            Atau.., apakah penguatkuasa yang tidak faham terhadap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri? Atau..., apakah ada kuasa dan fahaman bertindih? Atau..., ada orang yang mahu sabotaj hukum hudu Pas?
            Penulis, malah kita semua tentunya masih ingat bahawa Karpal pernah bertegas bahawa Pas perlu melangkah mayatnya dahulu jika hudud mahu dilaksanakan! Nah, sekarang nampaknya episod kata-kata Karpal itu sudahpun bermula...  
           

Jagindas: Nak lihat siapa akan langkah siapa dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.