Sabtu, 8 Disember 2012

AEON MANJONG MEGAH DAN GAH

AEON MANJONG, PERAK

Tapi Semua Talian Hp Tiada  Liputan


PUSAT membeli belah AEON dengan rasminya membuka cawangannya yang ketiga di Seri Manjong, Perak hari ini. Pusat beli belah yang dibangunkan dengan kos RM44 juta di atas tanah seluas 12.5 hektar itu sempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kader.
            Bagaimanapun, sejak ia memulakan perniagaannya seminggu lalu, pelanggan merungut kerana telefon bimbit tidak dapat digunakan dalam bangunan yang megah itu berikutan tiada signal untuk semua rangkaian telefon bimbit di situ.
            Sehubungan itu, pengunjung dan pelanggan mahu pihak pengurusan AEON mengambil tindakan sewajarnya berikutan alat perhubungan itu penting bagi mengesan ahli keluarga jika berlaku terpisah semasa membeli belah dalam gedung yang mewah itu.



Jagindas: Panggil anak bini guna corong suara..

HAH! JENAIN LAGI...

Tak Faham Bahasa Langsung!
IHSAN SINAR HARIAN:Khalid, Azura, dan Norsiah ketika sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam, semalam.

NAMPAKNYA keluarga arwah Amirulrashid memang tidak reti bahasa dan tidak mahu mencermin diri. Penulis pernah kata, selepas selesai kes tersebut, pasti ada pihak kiri yang tumpang sekali. Tugasnya mudah sahaja iatu bagi api dan minyak tanpa mengambilkira kesan dan resikonya kepada keluarga terbabit. Klik di sini dan lihat siapa di sebelah kiri dalam gambar itu.
            Sebab itu, penulis sarankan supaya pihak berkuasa saman balik keluarga terbabit bersabit kes bebudak bawa kenderaan tanpa lesen yang sah dan Koperal Jenain saman keluarga terbabit kerana dengan sengaja memberi kesusahan dan malu terhadapnya.
            Ada dua maruah yang perlu dijaga dalam peristiwa ini. Satu, maruah penguatkuasa dan kedua maruah Kpl Jenain. Hendak sangat....


Jagindas: Jangan biarkan kes ini dipolimik atau dipolitikkan.
              

ADA YANG DAH TAK SABAR TUNGGU DUNIA HANCUR

TAUFAN

Dakwa Qiamat 23 - 25 Disember Ini!


MEMBACA  berita angin yang dipercayai disebarkan oleh beberapa blog dan media lain, kononnya dunia akan bergelap selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Disember ini   di sini ,  membuatkan penulis terkenang perbualan saya dengan anak bungsu yang berusia 11 tahun pada minggu lepas.
            Ketika itu penulis bersama anak balik setelah dia selesai belajar muzik. Kata anak itu, guru muziknya, yang beragama kristian, mengatakan dunia akan kiamat sebelum Krismas ini.
            Menurut anak itu lagi, cikgunya kata seluruh dunia sudah tahu. "Awak tidak rasa takutkah? Sudah fikirkah ke mana hendak lari?", tanya cikgu tersebut kepada anak penulis.
            Langsung, dalam kereta diperjalanan pulang itu, anak penulis mahu mendapatkan kebenaran kata-kata cikgunya itu. Agak tergamam juga penulis hendak menjelaskannya sebab usianya masih kecil untuk memahami apa yang penulis mahu terangkan nanti bab-bab kiamat ini.
            Lantas, sebagai bapa yang betanggungjawab terus terhadap hal ehwal agama Islam ahli keluarga, terus saya katakan: "Qiamat itu pasti berlaku. Allah telah tetapkan harinya adalah hari Jumaat dan waktu bermulanya peristiwa itu adalah selepas waktu asar tetapi tidaklah diketahui jam dan saatnya kerana itu menjadi Rahsia Allah. Namun, sebelum sampai ketika itu, Allah akan menunjukkan beberapa tanda bagi menyedarkan manusia seperti..... blah...blah....blah... termasuklah memberikan beberapa contoh terdekat hari ini seperti orang meninggalkan solat, anak durhaka kepada ibu bapa dan .....
            "Jadi, cikgu itu menipulah", soal anak itu kepada penulis. Penulis katakan kepadanya dia bukan menipu tetapi itu adalah kepercayaannya. Dan, kita tidak perlu percaya kepada kepercayaannya kerana orang Islam mempunyai panduannya sendiri.
            Lalu, penulis tanya balik kepada anak itu:"Daripada apa yang ayah cerita dengan cikgu itu percaya, yang mana satu kamu fikir betul?" Dan, dijawabnya: "Ayah betul".
            Alhamdulillah...!


Jagindas: Moral daripada cerita itu tadi, zaman ini kalau anak-anak kita belajar dengan orang bukan Islam, kita kena pantau dia. Kita kena selalu tanya apa-apa cerita lain selain yang diajar oleh gurunya. Mak bapak juga kena miliki ilmu yang kuat kalau-kalau anak-anak kita terhasut atau dihasut. Dan, kalau sudah berlebihan ajaknnya....kita adukan ke pihak berkuasa!

BAHASA MELAYU BAHASA RASMI NEGARA

DEWAN RAKYAT

Sejauh Mana Pemimpin Mengakurinya

KELMARIN, penulis sempat mendengar Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berucap di satu majlis meraikan Pasukan Sukarelawan (Rela) Daerah Kampar.
            YB Chee Leong dilihat membaca teks. Namun, apa yang penulis hendak komen di sini adalah Bahasa Malaysia Chee Leong "teruk". Membaca teks pun nampak tergagap-gagap malah ada ketikanya beliau terus saja melompat ke perkataan  atau ayat lain apabila setelah beberapa kali mencuba tetapi tidak dapat menyebutnya dengan betul. Ah, malang betul!
            Justeru, sukalah penulis menasihatkan wakil-wakil rakyat sekelian supaya bersedialah membetulkan lidah masing-masing supaya dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sempurna. Paling tidak mampu membaca teks dengan baik.
            Kerajaan telah dan sedang menjalankan bermacam-macam berkempen tentang penggunaan bahasa keramat itu serta usaha-usaha memartabatkannya. Jadi, yang di atas-atas itu sedar-sedar dirilah sikit. Kalau kepala pun sudah tidak betul macam mana hendak membetulkan anak buah atau rakyat.
            Sebelum ini pun, penulis banyak kali juga dengar Lee Chee Leong berucap di Dewan Rakyat. Memang nampak janggal.


Jagindas: Wakil rakyat melayu pun janganlah perasan yang Bahasa Melayu tuan-tuan sudahmacam  bagus-bagus! ada lagu di sini