Bagi Mendaulati Kedaulatan Undang-Undang
BERITA Harian semalam 18 Disember, 2012
menyiarkan artikel di ruangan Rencana/p.21/ bertajuk: Undang-Undang Syariah, Sivil Perlu Dihormati tulisan Prof. Madya di
Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Shamrahayu A. Aziz.
Tulisan
beliau itu menarik minat penulis untuk mengulasnya kebetulan ketika ini Pas
sedang asyik menjual sahamnya bagi merealisasikan hukum hudud di negara ini dan
pada masa sama ada kepincangan melaksanakan hukuman terhadap pesalah yang
membabitkan orang bukan Islam. Isu kedai gunting rambut unisex di Kelantan
baru-baru ini benar-benar mencabar DAP dan turut menguji kejantanan Pas dalam
melaksanakan hukum berkenaan.
Memang,
secara prinsipnya mana-mana undang-undang yang telah diluluskan dan diguna
pakai hendaklah dihormati oleh seluruh rakyat negara ini kerana ia adalah
syarat dan tanggungjawab menjadi warganegara ini. Dalam perlembagaan dan rukun
negara jelas mempamerkan maksud tersebut.