Khamis, 20 Disember 2012

KPM WAJAR BERI PENJELASAN MEYAKINKAN

TAN SRI MUHYIDIN YASIN

Berikutan Dakwaan DAP Berfakta

Dakwaan DAP bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sengaja memanipulasi matapelajaran Sains dan Matematik bagi memberi lebih peluang pelajar lulus dalam peperiksaan awam sewajarnya diberi perhatian oleh KPM dan menjelaskannya kepada rakyat -  baca di sini.
            DAP turut mengemukakan beberapa bukti bagi mengukuhkan dakwaannya itu. Jika dakwaan itu benar, KPM hendaklah menjelaskan kepada rakyat mengapa ia berbuat demikian sekali gus Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan (NEB) yang dilancarkan baru-baru ini juga seharusnya diperjelaskan semula bagi mengelak sebarang perkara terselindung.
            Ini kerana, tahap kualiti serta kebolehpercayaan penilaian pendidikan  di negara ini hendaklah selari dengan perkembangan zaman serta setaraf dengan negara maju lain. Di samping itu, rakyat juga tidak mahu isu-isu dalam pendidikan dijadikan bahan rencah politik sehingga boleh menjatuhkan maruah pendidikan negara di persada dunia antarabangsa.
            Sejajar dengan itu, dakwaan DAP itu juga boleh membantutkan hasrat kerajaan untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai satu daripada sumber pelaburan ekonomi negara di peringkat antara bangsa.
            Kesediaan kerajaan memberikan pelbagai kemudahan dan peruntukan serta pelbagai insentif lain setara dengan sekolah-sekolah kebangsaan kepada sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil bukan gula-gula yang boleh menutup mulut mereka. Kerana, NGO-NGO mereka tidak akan pernah merasa berpuas hati dengan apa yang kerajaan beri.
            Sikap angkuh dan sombong ini memang menjadi pendirian hidup mereka. Bahkan, setelah pelbagai benda yang kerajaan berikan kepada mereka (yang sebahagian besarnya adalah juga merupakan tuntutan mereka sebelum ini) pernahkah puak-puak ini menyatakan "terima kasih" nya kepada kerajaan? Tiada. Yang ada, adalah mereka terus meminta, meminta dan meminta di samping terus menyanggah dasar-dasar kerajaan sedia ada.
            Justeru, sebagai dasar yang telah dibuat dengan teliti, tentunya kerajaan (KPM) telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dan pada masa sama juga tentulah sudah mempunyai alasan-alasan serta jawapan-jawapan kukuh yang boleh menjawab segala pertuduhan seperti  itu. Jadi, segerakanlah memberikan penjelasan bagi menghurai segala kebuntuan.

Jagindas: Jangan tenggelam dengan istilah..



ANTARA TIPU, BOHONG, TOHMAH DAN FITNAH


Kalau tak Benar, Saman Saja Sampai Kong!

APABILA ada tuduhan mahupun tohmahan, maka pihak yang tertuduh selalunya akan membuat penafian. Ini adalah senario dan amalan biasa sebagai manusia. Namun, jika tohmahan tersebut sudah keterlaluan sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibaliti, maka ia tidak sepatutnya dibiarkan sehingga menjadi polemik dan tanda tanya.
            Datuk Seri Nizar, misalnya dikata telah menyebarkan tohmahan dalam tweetter-nya konon Menteri besar Perak, Datuk Seri Zambry (gambar), telah meluluskan seluas 14,000 hektar tanah kepada sebuah syarikat. Langkah awal yang diambil oleh Zambry terhadap isu itu adalah menafikannya sambil menyifatkan berita itu sebagai pembohongan.
            Tuduhan, tohmahan, pembohongan, tipu dan fitnah. Yang mana satu? Apa yang pasti, jika ia benar-benar tidak betul, tiada sebab mengapa Zambry membiarkan Nizar bebas mencemar nama baiknya sebagai Menteri Besar. Satu imej yang besar! Satu kedudukan yang besar di peringkat negeri. Kuasa juga tentulah besar.
            Zambry tidak perlu melayan perbuatan Nizar tersebut menerusi akhbar dan terus berpolemik sebegitu sebaliknya beliau sewajarnya terus mengambil langkah menyaman Nizar beberapa juta yang selayaknya.
            Kalau, semua yang terfitnah berbuat demikian, penulis fikir seseorang akan berfikir berpuluh kali sebelum berani membuat fitnah, tuduhan, tohmahan atau pembohongan melainkan dia mempunyai bukti yang kukuh. Ibarat bersilat, kalau kekuda tidak kemas, janganlah berani menyergah lawan!
            Penulis percaya dengan langkah sebegini juga kita boleh mengecilkan sais pelaku pembohongan, tohmahan dan pemfitnahan terutamanya dalam agenda politik masing-masing.
            Dalam kes ini misalnya, 14k hektar bukan sedikit. Diterjemah dalam ekar ia membabitkan kira-kira 35,000 ekar tanah. Zambry, bukan hanya sekadar perlu marah tetapi wajar tercabar dengan isu ini sekiranya memang beliau tidak melakukannya. Dan, kesan daripada keceluparan itu, Nizar wajar mendapat balasannya supaya yang lain-lain pun turut terajar dengan keputusan mahkamah nanti.
            Rakyat juga sebenarnya semakin jelak dengan cakap-cakap penafian di media-media. Kerana, setakat hari ini apa yang diputuskan oleh mahkamah setelah dicabar oleh yang tertuduh menjadi kepercayaan umum. Itu pun, ada kes-kesnya keputusan mahkamah juga masih menjadi tanda tanya!
            Justeru, bukan Zambry sahaja, malah sesiapa pun, apalagi yang berkedudukan dan yang boleh disabitkan dengan penyalah gunaan kuasa, jika tuan-tuan terfitnah, maka adalah lebih baik selesaikannya menerusi mahkamah daripada membebel di media-media yang akhirnya mendorong rakyat semakin keliru! Sebab, orang tua-tua kata: tak tumbuh tak melata. Sebab itu kita kena buktikan di mahkamah bahawa kita dipihak yang benar.


Jagindas: Berani kerana benar 

Rabu, 19 Disember 2012

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO - LUNYAI


MARA Kata Dah Habis!

"RM50 Juta Bantu Peniaga Kecil, Penjaja"

SEBULAN LALU, itulah antara berita paling mengembirakan buat penjaja kecil yang mahu mengembangkan perniagaan mereka. Malah, bagi mereka yang sedang berusaha untuk memulakan dunia perniagaan juga turut menumpang lega dengan pengumuman tersebut.
            Petang semalam, seorang pemuda telah pergi ke Pejabat MARA Daerah Perak Tengah bagi mendapatkan dokumen, borang dan apa-apa yang patut bagi membolehkannya memohon pinjaman tanpa faedah tersebut. Bukan banyak, dia hanya perlukan kira-kira RM4,500 untuk memulakan perniagaan makanan ringan.
            Malang sekali, pegawai MARA di situ memberitahunya dana tersebut sudah habis dilanggan. Baru sebulan! Makna kata, RM50 juta sudah habis diagih di seluruh negara?
            Apabila dia menceritakannya, penulis berasa agak keliru kerana apakah setiap pemohon yang mengisi borang terus sahaja mendapat kelulusan serta merta dengan sebanyak yang dipohonkannya. Kalau tidak silap penulis Datuk Seri Najib ketika mengumumkannya tidak pula mengatakan begitu prosedurnya. Kalau begitulah dasar dan teknikalnya, RM50 bilion kerajaan peruntukan pun rasanya memang tidak akan cukup.
            Justeru, dalam kes ini penulis merasa agak sangsi sedikit apakah sebenarnya yang berlaku kepada dana RM50 juta itu? Ada sesiapa yang ada info tolong bagi tahu penulis.
            Alangkan pinjam Along pun orang sanggup, inikan pula kalau pinjam tanpa cagaran dan tanpa faedah. Memang laju beb! Cuma nak pastikan betulkah yang dapat tu penjaja kecil atau penjaja baru, itu saja.
            Namun kalau memang sudah begitu keadaannya serta sederas itu kepantasan proses meluluskannya, penulis minta maaflah dan kalau begitu memang malanglah si-pemuda tadi kerana dia terlewat seminit...Dan penulis terlupa betapa pantasnya teknologi media baru membantu membuat kerja.


Jagindas: Pat pat siku lipat...kamu lambat aku sebat!


RAMAI SUAMI, ISTERI TERTIPU DI RUMAH SENDIRI


Dalam Rumah, Pijak Semut Pun Tak Mati

BILA terbau sahaja cerita mengenai sang isteri berlaku curang, masyarakat tidak kira lelaki atau perempuan akan cepat menangkap cerita tersebut dan sedaya upaya akan mengorek-ngorek isi ceritanya sehingga terlondehlah segala-galanya.
            Namun, boleh dikatakan jarang sekali mendapat perhatian berat atau masyarakat semacam tidak begitu kisah apabila sang suami yang berlaku curang. Golongan lelaki mungkin akan ambil peduli sebelah mata sahaja.  Kalau yang nak menjadi isu pun adalah dari kalangan perempuan sendiri. Padahal, isunya adalah suami isteri yang berlaku curang. Kedua-dua dari sudut agama memang bersalahan. Apapun, dalam sesebuah rumah tangga, kecurangan sang isteri amat besar kesalahannya.
            Bagi penulis, isu ini bukan perkara baru malah bukan penyakit zaman moden. Namun, apabila isu ini timbul di dewan negara semalam ia menarik perhatian penulis untuk tumpang sekaki menyampuk sedikit berkenaan kes tersebut. berita di sini