Ahad, 30 Disember 2012

MASIH BELUM CUKUP KEMASKAH PERLEMBAGAAN KITA?

Kaum Sikh Dakwa Dalam Kitab Mereka Pun Ada Sebut "ALLAH"



AI SEH MEN.... Singh, saya baru tahu lah. Nasib baik you cakap. Memang saya ramai berkawan dengan Singh terutama yang menetap di kampung Sikh Batu 10. Isteri saya pun suka berkawan dengan Kaur-Kaur di sana juga. Makan capati wei, ca pila wei (makan capati minum teh).
            Ya lah, kita nak baca kitab Sikh pun kita tak tahu, apa lagi nak sebut maknanya. Terima kasihlah sebab you dah bagi tau ada 37 kali nama ALLAH disebut dalam kitab you all ha..? Saya fikir ramai melayu tak tahu ini hal, bukan saya satu orang sahaja.
            Waa.. sekarang macam mana? Kalau kasi you punya geng guna, nanti yang lain pulak buat bantahan - "apsal kami tidak boleh?"  Wahh, ini macam sedikit ada kelam kabutlah Singh.!
            Tak apa, tak apa. Rileks. Bertenang. Biar pihak berkuasa selesaikan. Guan Eng, lu pun diam jugalah!


Jagindas: Huh..! Macam-macam. Isunya baca di sini dan di sini

SEMUDAH ITUKAH NIKAH DAN CERAI?

Menilai Semula Kejujuran, Keikhlasan Sebuah Pernikahan

                           GAMBAR HIASAN: IHSAN UTUSAN MALAYSIA: 
                            29Dis,12/S2/Famili/p.24

RENCANA:

CERITA-CERITA tentang keindahan majlis perkahwinan dan pernikahan terutama yang melibatkan golongan selebriti dan orang-orang kenamaan kerap menjadi permainan media. Ada yang berbelanja mencecah jutaan ringgit bagi menjayakan majlis berkenaan, malah ada juga sekadar kenduri doa selamat. Demikian juga, ada yang menunaikan mas kahwin sehingga ratusan ribu ringgit malah ada yang hanya dengan senaskah al-quran dan cicncin belah rotan. Pokoknya adalah kemampuan dan keikhlasan. Tiada yang mengatasi selain itu.
            Pada masa sama media juga tidak lepas memaparkan pelbagai kes keruntuhan rumah tangga, apalagi kes mereka yang diheret ke mahkamah. Habis semua terbongkar. Yang baik mahupun sebaliknya. Bahkan, harta dan simpanan pun dapat diketahui umum. Itu belum lagi cerita bercerai dengan kaedah tebus talaq dan tuntutan nafkah sehingga membabitkan jutaan ringgit. Bagi janda yang malang, tuntutan sekadar beberapa ratus ringgit pun tidak mampu ditunaikan oleh bekas suami.
            Yang sudah ada anak-anak, macam-macam pula kisahnya. Ada yang sepakat dan ada yang flip-flop. Demkian itulah Allah berfirman dengan maksudnya meskipun perceraian itu adalah halal di sisi-Nya namun Allah amat tidak menyukainya.

Sabtu, 29 Disember 2012

ANTARA KANDUNGAN TELEGRAM DAN REALITI


Ada Yang Terlindung Bertujuan Membendung..

DULU-DULU, tiga empat dekad yang lalu, ketika negara ini baru nak nak terang bercahaya, salah satu media perantara yang penting ketika itu adalah telegram yang biasanya diurus oleh pejabat pos. Bagi kawasan pendalaman, radio telegraf di pondok polis juga berperanan sama.
            Biasanya, apabila ada kematian, pihak keluarga akan menggunakan khidmat media perantara itu bagi menyampaikan berita tersebut kepada waris-waris yang jauh. Tetapi, biasanya kalau sudah mati sekalipun, ayat yang ditulis dalam telegram itu berbunyi: BALIK SEGERA IBU SAKIT TENAT.
            Ayat 'tipu' seperti itu terpaksa dibuat dengan niat agar pihak yang menerima berita beroleh ketenangan dan akan pulang dalam keadaan yang tenang. Ada yang sempat balik sebelum jenazah dikebumikan, ramai juga yang tidak sempat menatap wajah kesayangan buat kali terakhir.
           
MEMBACA akhbar setiap pagi, semakin meresahkan fikiran. Malah, sebelum akhbar dibeli atau sebelum berita tv bermula, dalam sangkaan sudah menetapkan beberapa peristiwa mengerikan pasti ada.

NAK MENGAJI KE ATAU SUKA-SUKA


Jemputan Ke Majlis Ilmu Untuk Kerabat-Kerabat Sahaja

SEMBANG-SEMBANG petang tadi sambil menunggu maghrib tiba, terdengarlah keluhan seorang rakan terhadap pengurusan jawatankuasa masjid di kariahnya. Dulu-dulu pun dia selalu sahaja bawa cerita-cerita berkaitan masjid di kariahnya. Yang elok ada yang tak baguspun ada.
            Katanya, malam Jumaat lepas masjid kariahnya menjadi tuan rumah sambutan maalhijrah bagi daerah Kinta. Katanya, surat-surat edaran dan jemputan dibuat oleh pejabat daerah. Tetapi malangnya, surat-surat edaran tersebut diedarkan kepada jemaah pada hari (siang) Jumaatnya. Yakni setelah program berlangsung malam tadi.
            Maka, tertanya-tanyalah ahli-ahli kariah apakah sebenarnya yang telah berlaku. Selalunya, kata beliau kalau pun surat-surat seperti itu tidak mampu untuk disampaikan dari rumah ke rumah, beberapa keping surat berkenaan masjid  ditampalkan di tempat-tempat strategik seperti kedai kopi. Atau, ianya dilambakkan di beberapa kedai atau tempat yang selalu orang Islam berhimpun.
            "Dari maklumat yang saya terima memanglah juga ramai yang datang. Tetapi majoritinya adalah orang luar iaitu dari kariah-kariah lain atau mukim lain dalam kinta sebab mereka didatangkan kerana kita tuan rumah majlis tersebut. Barangkali, mungkin mereka jemput orang yang menerima hadiah sahaja kut.."
            "Takkan hal-hal macam inipun ada sabotaj. Atau, yang ada ada itu cuma mabuk jawatan tetapi tak boleh buat kerja!" katanya.
            Beliau kesal dengan pengurusan majlis itu kerana ramai yang terkilan kerana tidak dapat mendengar kadungan ceramah perdana daripada penceramah jemputan. Yang pasti katanya seekor lembu ditumbangkan bersama nasi minyak.
            "Barangkali juga mereka takut makanan tak cukup atau barangkali juga mereka taut tak ada lebih makan untuk dibawa balik selepas majlis habis", katanya dengan nada sinis.
            Sahut seorang rakan lagi, berkata entah di mana silapnya, sesudah beratus kali ceramah agama didatangkan namun sikap jemaah tidak juga berubah malah makin teruk pun ada. Menurutnya, kalau jemaah bersedia hendak berubah, mendengar khutbah Jumaat setiap minggu pun sudah melebihi daripada cukup.


Jagindas: Di masjid kariah rakan penulis itu, setiap kali selesai sembahyang Jumaat, ada laungan takbir 3 kali. Dilihat betul-betul cara laungan dan sahutannya itu bukan kerana zikir tapi lebih mirip kepada perjuangan parti...