Jumaat, 4 Januari 2013

TERANGSANGKAH NAFSU LELAKI..

GAMBAR HIASAN: ...menggerakan syahwat??

Apabila Wanita Membon- ceng Atau Menunggang Motosikal

DALAM Berita Luar Negara akhbar Utusan Malaysia keluaran 3/1/13 mengkisahkan wanita di Acheh, Indonesia mungkin dilarang membonceng motosikal secara mencelapak atas alasan ianya tidak sopan apabila undang-undang berkaitannya dikuatkuasakan nanti (baca di sini).
            Sumber itu menyebut, kedudukan wanita mencelapak boleh mewujudkan provokasi sex atau dalam bahasa arab mudahnya "boleh menggerak-gerakan nafsu shahwat kaum lelaki".
            Mungkin ada yang geleng kepala membaca berita itu atau mungkin ada yang geli hati. Kerana mungkin ada yang bertanya atas fakta apa kedudukan pembonceng motosikal wanita dikaitkan dengan penyebab banyak berlakunya jenayah sex di wilayah itu.

DI CELAH-CELAH KEHIDUPAN SI BINGAI

GAMBAR HIASAN.... cikgu manis

Menambahkan Lagi Pening Tuan Majestret

BAGI penulis ada dua cerita menarik di akhbar Berita Harian semalam adalah pertama perihal seorang guru di langkawi memfailkan saman terhadap Pengarah Pelajaran Kedah dan lima yang lain memohon deklerasi mahkamah menetapkan arahan pertukarannya ke Jawi Pulau Pinang sebagai tidak sah.  
            Kedua, kisah seorang suami dan kekasih gelapnya cedera diserang isteri dan tiga anaknya sendiri apabila rahsia gelapnya terbongkar. (baca di sini dan di sini)
            Kitab Perintah Am adalah antara buku panduan tatakerja yang wajar dimahir faham oleh setiap penjawat awam dalam sektor kerajaan (pusat) selain daripada pekeliling-pekeling dan surat-surat edaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
            Antara lain membawa maksud seseorang kakitangan kerajaan itu hendaklah sanggup menerima sebarang arahan yang wajar daripada pihak atasannya termasuk menempatkan tempat bertugas atau arahan bertugas. Kakitangan atau pegawai yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib yang tertentu seperti yang diperuntukkan dalam perintah am bab A - D.

Khamis, 3 Januari 2013

RAGAM IMAM BILA DIBAYAR ELAUN...

TSUNAMI.....Padang jarak padang terkukur, 

namun, "Rumah Allah" tetap utuh...Subhanallah

Mata Kabur, Lidah pun Lebur!

ENTAH macam mana, petang semalam seorang kenalan tiba-tiba mencurahkan isi hatinya kepada penulis persis mengharap penulis akan membantunya bagi memecah kebuntuan terhadap masalah yang dihadapinya. Masjid lagi! Tidak habis-habis kisah dan karenah pengurusan masjid dan tanah wakaf perkuburan. Kalau boleh, penulis sudah tidak mahu lagi mendengar cerita-cerita songsang berkaitan rumah ibadat dan perkampungan abadi itu.
            Menurutnya, pengerusi masjid dikariahnya disifatkannya mabuk jawatan dan menggunakan kedudukan itu untuk kepentingan peribadinya terutama hal-hal yang berkaitan kewangan. Kata kenalan itu, bukan kata dia atau pandangan dia seorang berkata begitu tetapi telah menjadi buah mulut penduduk.
            Kerana penulis sudah muak dengan cerita-cerita 'sengal' seperti ini, lalu penulis menyergahnya: "Ada empat imam dan tiga bilal di kariah kamu itu, tidakkah mereka mampu menegur ketempangan pengerusi mereka?
            Dan, penulis diberikan sebuah jawapan yang menarik: "Betul, sebahagian besar mereka adalah penyokong kuat Pas dan PKR. Manakala pengerusi masjid adalah lantikan daripada Umno di mana imam-imam dan bilal  tersebut terlantik atas restu pengerusi masjid.
            "Jika mereka menegur kelemahan pengerusi, imam-imam terbabit bimbang hilang jawatan sedangkan jawatan itu dibayar elaun bulanan paling tidak RM800 sebulan, siapa nak bagi?" katanya.
            Mendengar jawapannya itu, penulis teringat kata seorang rakan lama, katanya kalau bab duit tak kira fahaman politik apapun, sama saja. Janji masyuuuk. Yang lain-lain tu apa nak jadi, jadilah!
            Bukan semuanya begitu, tetapi tidak mustahil sikap sedemikian akan menjadi virus. Justeru, pihak berwajib perlu berbuat sesuatu agar martabat sesebuah masjid tetap terpelihara dan tersanjung sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah (swt).
            Kata rakan penulis lagi, antara syaitan yang nyata sifatnya dan manusia sering terjerlus ke lembah kehinaan adalah DUIT. Begitukah? Apapun natijahnya, IMAN DAN TAQWA-lah penyelesainnya. Allahhurabbi....
            Aduhai..., memang sengal!

                                                     
Jagindas: Buruk perangai. Sebab itu macam-macam bala ada...

Rabu, 2 Januari 2013

BUKAN SEKADAR SEBUAH CERITA

Bahkan Dengan Seribu Makna Di Persadanya




CERITA ini penulis petik daripada Harian Metro 2 Januari, 2013 /setempat/p.38/ - Wanita tua yang tinggal di Kampung Lancang, di Pasir Mas, Kelantan  ini, Hawa Ngah, 92, yang hampir seabad umurnya, sudah bongkok tiga tetapi dikatakan masih kuat mencari nafkah dengan mendayung sampan dan memukat ikan sendirian. Dikurniakan mata yang sihat sehingga mampu membaca al-Quran tanpa menggunakan kaca mata.
            Jelas, beliau tidak mempunyai masalah sakit lutut dan penyakit-penyakit kronik yang lain. Satu-satunya nikmat kesihatan yang menjadi idaman semua manusia di dunia ini. Demikianlah, kalau Allah menghendaki...
            Penulis pasti meskipun sebegitu keadaannya fizikalnya namun beliau masih waras dan tidak diganggu penyakit nyanyuk. Maha besar Allah yang menjadikan sifat nenek Hawa  sedemikian itu.
            Banyak yang dapat difikir dan dijadikan iktibar daripada sejarah hidup orang tua ini. Hanya sebuah fenomena biasa rencah hidup manusia tetapi penuh citra, makna dan pengajaran yang besar buat manusia sejagat.


Jagindas: Sering berdoa agar dilanjutkan usia, diberikan kekuatan dan kudrat seperti itu (setidak-tidaknya) dan dikuatkan hati, semangat serta iman untuk menggunakan kurnia Allah itu untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA. Ya Allah, perkenankanlah...Amiiiinnnnn.

[sekadar penghias laman, klik di sini]   ** encok - (Jawa) sakit sendi/tulang/kaku 
                                                                                             Orang Perak kata lengoh-lengas