Isnin, 10 Jun 2013

BANGLADESH WAJAR SAMAN PIHAK YANG MEMFITNAHNYA

GAMBAR HIASAN: Apa yang betul tetap betul, 
begitu juga yang salah tetap salah...
Maruah Negara Bukan Nilai Yang Boleh Dibayar

SEBAGAI negara yang merdeka dan bermaruah, Bangladesh sewajarnya menyaman pihak yang telah mengaitkan rakyatnya sebagai pengundi hantu dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) Malaysia baru-baru ini.
            Meski Bangladesh sebuah negara yang masih dalam era membangun, tetapi janganlah dengan kedudukannya itu sewenang-wenangnya orang luar mengambil kesempatan untuk mengkotak katik atau memanipulasi negara dan rakyatnya.
            Mengkaitkan rakyat negara itu sebagai pengundi hantu yang kononya dibawa oleh kenderaan khas dari Bangladesh ke Malaysia seolah-olah betapa mudahnya rakyat dan negara itu dibeli dan diperkunun untuk apa tujuan sekalipun oleh orang luar.
            Pemerintah negara Bangladesh sewajarnya mengambil perhatian serius terhadap fitnah itu dan tidak hanya sekadar menafikannya sahaja.
            Ini bukan soal miskin, papa atau kedana tetapi adalah maruah diri dan negaranya. Tuduhan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu sekali gus bertindak  memperbodohkan rakyat negara itu bahkan pemimpinnya  sekali, menganiaya dan menjadikan mereka berasa tidak tenteram serta boleh merobek hubungan dua hala antara Bangladesh - Malaysia.
            Dengan tindakan menyaman itu juga dijangka dapat mengajar semua pihak supaya menghormati kedaulatan negara lain dan tidak sewenang-wenangnya menjadikan mana-mana negara di dunia ini sebagai kambing hitam demi kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.


Jagindas: Saman maruah sehingga berbilion-bilion £  nak tengok ada akai ke tak ada...


Ahad, 9 Jun 2013

NAJIB SERU SEMUA PIHAK URUS NEGARA DENGAN BAIK

DS Najib Razak
Jangan Guna Politik Untuk Kepentingan Diri

APABILA DS Najib meminta semua pihak mengurangkan cakap-cakap politk sebaliknya mahu rakyat memberikan tumpuan kepada menguruskan negara, seruan ini sewjarnya diberi perhatian oleh semua pemimpin termasuk pembangkang.
            Selain itu, penjawat-penjawat awam dan di sektor swasta juga wajar meneliti seruan itu supaya memberi tumpuan lebih kepada tugas dan tanggung jwab masing-masing. Sesungguhnya kecekapan dan keberkesanan kedua-dua sektor berkenaan amat diharapkan oleh rakyat malah, sebahagian besar imej kerajaan sebenarnya berada di persada kedua-dua sektor terbabit.

KEMBALIKAN MEREKA KE TEMPAT ASALNYA

Gambar Hiasan: Kumpul dan hantar pulang...
Jangan Biar Orang Luar Jadikan Negara Ini Tempat Melepas Geram

AKIBAT  daripada perbalahan kaum dan agama antara peganut Budha dengan penganut minoriti Islam Rohingya di Mynmar, nampaknya kebencian tahap melampau puak Budha semakin tidak terkawal sehingga mereka dipercayai sanggup melakukan pembunuhan terhadap musuhnya (Islam) walaupun masing-masing berada di rantau orang.
            Kajian awal polis berpendapat beberapa kes siri pembunuhan rakyat Myanmar di negera ini sejak beberapa minggu lalu dipercayai kesan daripada pergolakan di negara asal mereka.
            Justeru, kerajaan Malaysia sewajarnya bertindak tegas agar tidak menjadikan negara ini sebagai lapang sasar untuk rakyat asing melepaskan geram dan dendam mereka sehingga ia akan memberikan satu gambaran buruk terhadap imej negara ini.
            Jika sudah dikenalpasti itulah sebab mursababnya, maka adalah lebih baik kesemua rakyat Myanmar itu dihantar semula ke negara asalnya. Biarlah mereka berantakan dinegaranya sendiri dan tidak perlulah menjadikan negara ini pula sebagai medannya keduanya.
            Antara lain, tidak wajar negara menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengawal keadaan gawat rakyat asing itu sedangkan kita mempunyai tenaga anggota keselamatan yang terhad untuk kerja-kerja keselamatan dan keamanan rakyat di negara ini.
            Tiada sebab kerajaan harus menimbang dari sudut politik 'mengasihani' mereka kerana negara berkenaan sendiri sehingga ini nampaknya tidak megambil berat terhadap isu itu khususnya terhadap rakyat mereka yang berada di negara orang. 
            Kita tidak sepatutnya menimbang kemanuisaan terhadap kaum seperti itu dengan menjadikan negara kita sendiri sebagai tempat mereka melepaskan geram, membuat onar dan seterusnya boleh menconteng imej negara di mata dunia.
            Negara perlu ada sedikit kebimbangan kalau-kalau kejadian seperti itu nanti akan menjadi virus yang secara perlahan-lahan menyerang rakyat di negara ini yang bukan sahaja berbilang kaum dan suku etnik tetapi juga pelbagai agama dan budayanya.


Jagindas: Berpada-padalah bila melakukan bertimbang rasa...


Khamis, 6 Jun 2013

PRESIDEN, TIMB. PRESIDEN TAK BOLEH DITANDING

Elak Perpecahan Atau Memang Gandingan Mantap?


INSYAALLAH, jika tidak ada apa aral melintang, tahun ini juga akan diadakan persidangan agung (pergong) Umno Malaysia seterusnya memilih anggota Majlis Tertinggi (MT) parti keramat itu untuk tempoh tiga tahun berikutnya. Keyakinan ini ditambah kuatkan lagi apabila baru-baru ini presidennya, DS Mohd Najib Tun Razak, telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa pergong akan diadakan tahun ini juga.
            Dan, dalam seminggu dua ini di akhbar-akhbar tempatan pula disibukkan dengan pelbagai pihak membuat syor, cadangan malah adakalanya semacam desakan agar jawatan nombor satu dan dua (Presdiden dan Timbalan Presiden) tidak ditandingi. Tentu banyak sebabnya mereka mahukan sedemikian.