Azlan Mohd Lazim...Insaf dan mohon maaf |
Kenyataan Azlan Tidak Konkrit
KES BAPAK Saiful Bukhari, Azlan
Mohd Lazim, yang menarik semula pengakuannya sebelum ini bahawa musibah yang
menimpa anaknya itu adalah angkara konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar
Ibrahim, semalam, bagi penulis ianya tidaklah mengejutkan mana-mana pihak namun
ia tetap meninggalkan bebebrapa persoalan.
Ini
kerana Azlan tidak pula menjelaskan mengapa berlaku kekeliruan dalam dirinya
(keluarganya barangkali) sebelum ini. Tentu ada sebabnya. Dan, sebab (sebab-sebab)
itu wajar dimaklumkan kepada umum sebagai tanda keikhlasan pengakuan terbarunya
serta bagi mengikhlaskan khalayak menerima sebuah pengakuan baru itu yang
menyongsang tindakan asal beliau sebelum ini.
Kekeliruan
itu juga turut membuatkan khalayak terkeliru sama. Justeru Azlan hendaklah menjelaskan
sebab-sebab itu secara konkrit sehingga mendorong beliau 'membetulkan' keadaan.
Tanpa
penjelasan yang konkrit, kini pelbagai tanggapan negatif di kalangan khalayak
telah timbul. Dahulu, ada yang kata konon bapa Saiful ketagihan imbuhan sehingga
sangup berbuat apa yang disifat sebagai mengkhianati anaknya sendiri. Wallah hu'allam, hanya Azlan saja yang tahu. Dengan
pengakuan terbaru ini pula, sudah ada yang menuduh konon BN pula yang membeli bapa Saiful. Ai, main kasar nampak! Mudahnya main tuduh-tuduh.
Rasionalnya,
orang ramai tidak wajar membuat pelbagai spekulasi, andaian, tanggapan dan
tohmahan tanpa bukti yang sahih. Hanya bapa saiful dan saiful sahaja yang ada
jawapan tepatnya. Justeru, bapa saiful tidak wajar membuat sebarang ulasan,
pengakuan dan apa-apa sahaja dakwaan tanpa penjelasan yang konkrit sehingga mengheret khlayak melakukan lebih banyak fitnah. Bahkan tindakan khalayak itu
juga jika tidak kena gayanya boleh mengheret mereka kepada tindakan undang-undang oleh mereka yang
terfitnah. Ini kerana, fitnah itu membabitkan soal maruah,
kredibiliti, integriti dan macam-macam lagi terhadap parti A.
Meski
khlayak diminta supaya tidak menyatakan sesuatu yang kabur ke pengetahuan umum
(melalui media maya misalnya) namun yang jelasnya akibat kenyataan yang kurang
konkrit daripada Azlan itulah (merujuk kes ini) yang menyebabkan fitnah terbaru
itu pula berlaku. Lihat contoh komen yang terdapat di media sosial muka buku sebuah
akhbar tempatan terhadap kes itu:
bn bg duit ape lagi,
tahniah azlan anda dapat duit rakyat, duit haram jadah utk anda.
Secara
umumnya, sebak dan air mata bapa saiful tidak dapat mengesahkan bahawa
kenyataannya itu benar-benar ikhlas melainkan setelah menyatakan sebab-sebab
yang terdahulu dan terkini.
Secara
tidak langsungnya, bapa saiful telah menambahkan lagi keruh air di hulu. Apakah
ini juga satu strategi? (ini bukan fitnah tetapi satu persoalan). Oleh kerana
kes saiful telah menjadi kes mahkamah dan sedikit sebanyak tindakan bapanya
sebelum ini dan yang terbaru semalam boleh mengganggu proses kemahkamahan, maka
barangkali satu sisatan menyeluruh dirasakan perlu dibuat ke atas bapanya
dengan menyingkap keseluruhan punca dan sebab mursabab beliau bersikap
flip-flop! Jika wajar, Azlan juga harus dikenakan tindakan di bawah fasal-fasal
yang memungkin begitu.
Bagaimana
mungkin untuk memaafkan Azlan jika segala-galanya masih kabur atau masih
meninggalkan banyak persoalan. Terus terang dan bersumpah laknatlah dengan
kenyataan yang konkrit. Konkrit.!
Jagindas: Syyyyyyy.....
yang di luar sana tu jangan tuduh-tuduh tak tentu pasal weh. Pertama, lu ada
banyak duit ke nak bayar saman. Keduanya, lu dah bersediakah untuk berehat di
sel bertirai besi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.