Seawal pendidikan tadika telah diterapkan.... |
Sedih, Penghormatan Diberi Sambalewa
USAHLAH marah jika orang luar
tidak menghormati Lagu Negaraku di negara ini kerana rakyat kita sendiri pun
masih ramai turut mendurhakainya! Setelah menjadi rakyat di negara ini (lahir,
besar dan mencari makan di sini) takkanlah masih tidak tahu mana satu lagu
negaraku mana satu lagu dangdut atau caca! Malah, difahamkan bagi permohonan untuk mendapat
taraf kerakyatan Malaysia, "Lagu Negaraku" adalah satu daripada
syaratnya.
Kadang-kadang
tertanya-tanya juga, apakah benar mereka itu benar-benar tahu dan menahu lagu
kebangsaan Malaysia- Negaraku?
Telah
banyak kali penulis perhatikan dalam majlis-majlis rasmi apabila hadirin
diminta berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku, yang mampu mereka buat adalah
berdiri. Itupun tidak setegak mana. Kalau tidak pandai nak menyanyipun (dah
lupa lirik agaknya) tidakkah boleh mengormatinya seketika. Bediri tegak dan
diam seketika.
Sakitnya
hati bila melihat sewenang-wenangnya ada hadirin yang bercakap-cakap bahkan
gelak ketawa malah ada juga yang berjalan-jalan sana sini sedang hadirin yang
lain bersemangat mengumandangkan lagu rasmi negara itu.
Bagi
memastikan martabat lagu kebangsaan tidak diperlekeh, ada negara yang mengambil
tindakan undang-undang (serta merta) terhadap rakyatnya yang didapati tidak
menghormati lagu itu.
Sepatutnya
perlakuan seperti ini tidak berlaku sebab sedari sekolah rendah bahkan semasa
di tadika lagi sudah diajar dan diterapkan menghormati lagu kebangsaan.
Ironinya, apabila sudah dewasa penghormatan menjadi semakin luntur. Meskipun
jumlah mereka tidaklah banyak namun ia adalah satu permulaan kepada sebuah
peristiwa yang lebih memalukan di masa akan datang.
Jagindas: Gerammmm!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.