Sabtu, 15 Jun 2013

BERMACAM CARA NAIKKAN SYAHWAT

Jilatlah Biji Mataku... (kahkahkahkah...)
Akhbar Harian Metro, semalam (14/6/13) melaporkan:
Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar ‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.
            “Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat. (selanjutnya di sini)

 Jagindas: cuba le....hehehehe...

Khamis, 13 Jun 2013

HADKAN TEMPOH MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI PARTI

Pemuda PP Buat Usul Tidak Popular!

ADA pihak sudah mencadangkan supaya jawatan tertinggi dalam parti dihadkan untuk satu-satu tempoh (pendek) bertujuan bagi memberi lebih ruang kepada golongan muda untuk menerajui parti khususnya Umno.
            Cadangan berupa pertama kali seumpamanya yang terpacul daripada Pergerakan Pemuda (Umno) Pulau Pinang itu berpandangan bahawa dengan pengehadan itu, golongan orang lama tidak akan terlalu lama memegang jawatan manakala golongan muda pula tidak terlalu lama menanti ruang untuknya. Malah, silap-silap sampai masanya langsung melepas!

Selasa, 11 Jun 2013

PELAJAR IPT HINA LAGU NEGARAKU DAN RAJA-RAJA

Apakah Dia Tidak Berilmu??
              [ Ihsan daripada Blog Angin Perubahan (klik pada gambar utk lihat lebih jelas)]
SEBELUM ini, Utusan Malaysia memaparkan tulisan Zaini Hasan yang mendakwa sistem pendidikan di Malaysia tidak membantu rakyat memahami dan menginsafi kenegaraannya sendiri sehingga dakwanya ia mengakibatkan semakin ramai rakyat negara ini dikatakan semakin bersikap kurang ajar.        Bahkan, luahan kurang ajar itu dilepaskan secara terang dan terbuka di media-media sosial seperti facebook (fb) dan blog-blog.

Isnin, 10 Jun 2013

BUKAN TIDAK DIAJAR TETAPI DEGIL

GAMBAR HIASAN: PERHIMPUNAN MINGGUAN...
Perlukah Pendidikan Perlembagaan Negara Diajar Sedari Sekolah Rendah??

Tulisan Zaini Hasan di ruangan 'Cuit' Utusan Malaysia 5/6/13 atas tajuk 'Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah' menarik perhatian saya untuk turut membalas pandangan terhadap tulisan beliau itu.
            Pada pandangan saya kajian yang dilakukan Zaini tidak menepati sasaran dan lantaran itu saudara Zaini memperoleh jawapan yang agak mengelirukan. Meskipun, Zaini memperkuatkan alasannya setelah bersoal selidik dengan anaknya sendiri, namun saya masih sangsi dengan jawapan yang diberikan oleh anaknya itu.
            Persoalan yang ditimbulkan Zaini adalah menyalahkan sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah yang didakwanya tidak menyediakan pendidikan dan nilai-nilai kenegaraan sehingga menyebabkan generasi hari ini menjadi biadap terhadap pemimpin dan negaranya sendiri.