Khamis, 21 November 2013

TANPA BANGLA, INDON, MYAMMAR DAN INDIA

Malaysia Tidak Semeriah Sekarang ?

AKHBAR tempatan semalam melaporkan penafian kerajaan Bangladesh terhadap pembabitan kira-kira 40,000 rakyatnya yang berada di negara ini yang didakwa oleh sesetengah pihak kononnya telah menjadi pengundi hantu dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang lalu. (baca di sini).
            Dipendekkan cerita, bagi penulis kerajaan Bangla wajar menyaman pihak yang bertanggung jawab terhadap fitnah itu demi menjaga nama baik serta maruah negaranya. Apa lagi sebagai sebuah negara miskin dan sedang membangun, Bangladesh tidak seharusnya membiarkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya mengkotak-katikan mahu pun memanipulasi negara dan rakyatnya itu demi kepentingan pihak lain. Pendapat penulis itu pernah dipaparkan di blog ini beberapa bulan lalu di sini.

Rabu, 20 November 2013

APA SUDAH JADI, ZAHID PUN DAH TAHU TAKUT KE?

Garang Bagai Hangat-Hangat Tahi Ayam
                  
SEPERTI yang kita semua maklum, sebaik sahaja Datuk Seri Zahid Hamidi mengambilalih Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak 'benda' yang sangat-sangat dihajati rakyat yang sepatutnya sudah lama dilakukan oleh kerajaan akhirnya berlaku di tangan Zahid. Tidak perlulah disebut satu persatu kerana kesemua aktiviti itu masih dan barangkali akan terus dilaksanakan tanpa jadual atau musim.
            Di sesetengah negeri, banyak peremis yang menjalankan aktiviti perjudian mesin berkomputer di tutup operasinya. Rakyat dari setiap lapisan, kaum dan agama amat gembira dan bersyukur. Meski masih ada yang beroperasi tetapi rakyat yakin, mesin judi berkomputer akan dilenyapkan zamannya.

Selasa, 19 November 2013

MELAYU DAP BERHENTILAH MENYALAK

.....Tunggak DAP
Desaklah Mereka Daftar-Sahkan PR

BEBERAPA post sebelum ini penulis menulis tentang Pas yang penulis ibaratkan bagaikan gila talak terhadap DAP sedangkan sikap DAP itu sendiri amat jelas memang sengaja menyakiti hati Pas. Pada pendapat penulis keceluparan itu disengajakan dengan harapan Pas akan keluar daripada bumbung Pakatan Rakyat (PR) dan pada masa sama berharap ahli pas akan menganggotai DAP atau parti lain. Yang penting bagi DAP tiada parti Pas kerana DAP amat benci dengan nama melayu, bumiputera dan Islam seperti juga dia amat benci dengan umno.

Isnin, 18 November 2013

PAS BAGAIKAN GILA TALAK

Akibat Cintanya Tidak Berbalas

MAKA BERANTAKANLAH kaum-kaum pas dengan DAP setelah api dinyalakan oleh Karpal Singh berkaitan dengan isu gesaan pengerusi DAP itu supaya jabatan pendaftaran pertubuhan negara membatalkan mana-mana pertubuhan sama ada NGO mahupun parti politik yang berteraskan satu-satu agama atau bangsa.
            Sebelum tulisan ini, penulis turut mengulas isu berkenaan di sini. Namun, sejak hari itu sampailah sekarang nampaknya nafsu Pas semakin membuak-buak menyalahkan Karpal dan DAP. Pas tetap mahukan rakan sekutunya itu bermohon maaf atas keceluparan Karpal itu kerana menurut Pas ia adalah tidak wajar dizahirkan oleh sekutu Pas sendiri yang didakwanya selaku rakan tolan dalam Pakatan Rakyat (PR).