![]() |
| Ahmad Said |
Ada Kemungkinan Dewan DiBubar
DATUK SERI
AHMAD SAID, Menteri Besar (MB) Terengganu (kini bekas MB), dikatakan terpaksa
meletak jawatan berikutan beliau terpaksa akur dengan sumpah dan janjinya
dengan kerajaan pusat bahawa beliau hanya akan menjadi MB selama setahun
berikutan kegagalan negeri itu memperoleh majority besar dalam pilihanraya umum
ke 13 yang lalu.
Kemudian, setelah akur dengan
janjinya itu, Ahmad Said, dikatakan membuat satu keputusan yang menggemparkan
iaitu mengisytiharkan dirinya keluar Umno. Turut sama dalam tindakannya itu
adalah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain, Dun Bukit Besi, Roslee Daud dan Ghazali Taib
(Dun Ajil).




