Ahad, 15 Julai 2012

BANGKAI GAJAH


Dapatkah DiTutup Dengan Nyiru?
Satu demi satu. Dari satu pasal ke satu pasal, kurap dan panau Anwar dibongkar. Dari hujung rambut sampai kehujung kuku kaki hingga sampai ke dalam kain dan selimut. Dari beribu ringgit kepada berbilion ringgit!
            Selepas ini apa pulak yang akan terdedah, tak tahu lah!
            Dapatkah Anwar dan orang-orangnya menutup kesemua aib itu? Bak kata pepatah, dapatkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru? 
            Setakat ini yang jelas Anwar cuma ada dua nyiru. Satu nyiru Kak Wan dan satu lagi nyiru adinda Shamsidar. Yang lain kita tahu le pulak.
            Bagi saya hanya ada satu cara sahaja Pak Sheikh iaitu mengaku  dan surrender, habis cerita. Rakyat akan terima itu sebagai satu kesilapan lalu. Dan, berehatlah seada-adanya sama ada di rumah, di luar negara atau di penjara!


Jagindas:    Teringat seloka orang tua-tua dulu-dulu ketika menimang cucu:
                                               
                                                alah timang kucu-kucu
                                                anak mayang biji labu
                                                anak punai baya tungku
                                                anak sepat baya nyiru!

hehehe..orang 'dolu-dolu' memang hebat seni bahasanya.

Anwar Pondan!


Zaliah Tempelak Anwar
Zaliah Zakaria.... Anwar pondan
"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'.
"Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini,"  
[sumber: Mingguan Malaysia 15/7/12 p.11]


HAI Pak Sheikh, perempuan tu kata kalau Datuk tidak menjelaskan perihal RM3bilion tu, Pak Sheikh disifatkannya seperti pondan. Dalam kotak fikiran Zaliah Zakaria pondan tu sifatnya lembik, pengecut dan gabra walupun besar dan gagah bentuk tubuh badannya.
            Wanita yang dikaitkan dengan misteri RM3 biion itu mendakwa hidupnya dalam tertekan. Anak-anaknya juga menerima kesan yang sama. Keluarganya berada dalam kehidupan yang serba tak kena lagi menakutkan.
            Saya nak tanya Tan Sri Mohamed Nazri Aziz, kes semacam ini tidak boleh dikaitkan dengan jenayah ke, kerana mendatangkan keadaan tidak tenteram dan selamat terhadap sebuah keluarga (?)


Jagindas:   Pondan pun pondanlah, asalkan RM3bilion selamat, yek Anwar? Apa dikirakan!




SELAMATKAN NEGARA (?)


Anwar Dah Dapat Rasa Makin Tak Selamat
Anwar .... habislaa!
Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam siri ceramahnya bertajuk “Selamatkan Negara, Maruah, dan Kekayaan Kita,[sini] meminta orang-orangnya menyebarkan kepada rakyat terhadap semua aktiviti penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan harapan sebaran penipuan atau fitnah itu akan dapat menterbalikkan sokongan rakyat yang semakin padu kepada BN sekarang beralih ke pihaknya.
            Dengan kata lain, Anwar mahu selamatkan negara yang telah dihuru-harakannya. Dengan cara itu, dia akan kembalikan marwahnya yang teramat tercalar sekarang. Dan, yang teramat penting adalah Anwar mahu selamatkan KEKAYAANNYA! itu sahaja.



Jagindas:   kamu orang yang menyokong babi buta ni ada faham ke maksud tersirat Anwar tu? Dia berjuang untuk diri dia beb, sebab itu lidah dia bercabang-cabang setiap kali berucap!

JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT?


Apakah Benar Fakta Disorok?
Musa Hassan... Jangan sorok-sorok
BANYAK pihak membeliakkan mata apabila bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat. Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, adalah antara yang menafikan kenyataan tersebut.
            Bila ada pro dan kontra maka tentu jawapannya barangkali ya atau tidak. Tapi saya percaya dakwaan Musa lebih relevan berbanding penafian. Itu pandangan peribadi saya.
Ismail ... jenayah menurun
Umumnya, sebut sahaja jenayah khalayak akan memandangnya sebagai rompak, curi, samun, bunuh, rogol, pelbagai jenis penipuan, bunuh diri dan beberapa kes yang membabitkan perbuatan langsung dari manusia kepada manusia.
            Namun, bagaimana pula dengan rumah urut haram, kedai judi haram, aktiviti jual-beli nombor ekor haram, pusat hiburan haram dan beberapa aktiviti-aktiviti haram yang lain. Tidakkah aktiviti tersebut secara langsung dan tidak langsung bukan sahaja dalam kategori jenayah malah aktiviti itu juga memberi kesan mendorong orang lain untuk berbuat jenayah?
            Sebagai contoh, aktiviti perniagaan judi haram seperti kedai mesin judi berkomputer yang khabarnya begitu mengasyikan pelanggannya boleh menyebabkan si-pelanggan menjadi miskin dan papa-kedana yang akhir   memberi kesan mendorong mereka terbabit melakukan jenayah lain seperti ragut, curi, samun dan pecah rumah.
Hishamuddin ... tak betul
           Demikian juga kes-kes taukeh-taukeh menyembunyikan pekerja asing demi mengaut keuntungan lebih dan kemasukan secara haram rakyat asing ke negara ini. Apakah sebaik sahaja program 6P tamat maka masalah tersebut selesai sepenuhnya? Tidakkah ini menyebabkan peluang bekerja rakyat tempatan semakin terhimpit sekaligus mereka (rakyat negara ini) yang terdesak untuk hidup akan melakukan jenayah seperti yang disebutkan?
            Jadi, saya percaya Musa melihat jenayah itu secara lebih luas dan dia yakin aktiviti-aktiviti haram di negara ini barangkali bertambah banyak dan tersembunyi. Adalah menjadi amat pelik, jika hari ini sebuah perimis judi haram diserbu namun keesokan harinya perimis berkenaan beroperasi semula. Banyak lagi contoh yang terang dan nyata yang boleh difikirkan.
            Timbullah soalan yang sama, mengapa takut untuk menyatakan yang sebenar? Apakah dasar kerajaan demi mententeramkan jiwa rakyat, pelancong dan pelabur asing maka tindakan "berbuat dalih" difikirkan jalan terbaik?
            Saya mengambil contoh begini: sekiranya ramalan cuaca mendapati bulan ini hujan ribut 24jam selama dua minggu maka ia perlu mengabarkannya kepada umum supaya rakyat boleh membuat persediaan dari pelbagai segi seperti menyediakan stok makanan, minyak, lilin, bateri dan lain-lain keperluan asas selain dari memperkemaskan tempat tinggal masing-masing. Soal dikhuatri rakyat akan panik dan harga barang akan naik tidak timbul sebab keselamatan dan nyawa manusia lebih penting.
            Dengan menyembunyikan fakta itu, apakah setelah betul-betul berlaku kejadian itu, kerajaan mampu menggalas tanggungjawab menyelamat dan memberi bantuan kepada rakyat seluruh negara dalam satu-satu masa dengan kekuatan yang kita ada sekarang?
            Justeru, saranan Musa itu perlu difikirkan oleh pihak terbabit sebernas-bernasnya. Dan, atas prinsip ketelusan, maka kita tidak perlu ada dua fakta, dua fail atau dua versi dalam menyebarkan maklumat sebenar kepada rakyat. Itupun kalau benarlah dakwaan Musa itu BENAR!


Jagindas:   Tak perlu sembunyi-sembunyi, rakyat perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak leka. Kita tidak mahu nanti sudah nak terberak mahu nak cari lubang!