GAMBAR HIASAN.. Satu adegan berahi |
Sejauh Mana Artis Melayu Dilarang lakonkan
Aksi Ranjang?!
APAKAH nasibnya filem "Tanda
Putera" (Datuk Suhaimi Baba) sampai ke hari ini pun masih belum diketahui
lagi. Bagimanapun, filem tamil berjudul "Vishwaroopam" (lakonan Kamal
Hasan) sudah pun dibenarkan tayangannya kepada umum setelah menempuh beberapa
suntingan yang diluluskan kerajaan.
Kemudian,
baru-baru ini timbul pula kontroversi baru melalui filem Mecari Cinta yang
dikatakan terdapat aksi lucah lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish dalam satu
babak ranjang di sini
Sebagai
pelakon, Rusdi dengan mudah sahaja menjawab kontroversi itu hanya dengan mengatakan
sebagai pelakon dia mengikut apa sahaja kehendak pengarahnya. Pengarah pula
tentulah akan kata, begitu kehendak ceritanya....Barangkali Nora Danish pun kata
begitu...
Jadi,
apa masalah sebenarnya? Apakah soksik-soksik kontroversi itu timbul disebabkan ceritanya
yang berkehendakan lakonan seperti itu atau kerana ia dilakonkan oleh artis
melayu, atau kedua-duanya sekali. Jika kedua-duanya sekali, yang mana satukah
pemberatan kepada masalah itu?
Tidakkah
berlakon yang mencampur adukkan lelaki dengan perempuan malah ada kalanya dalam
keadaan kostium yang 'mendebarkan' itu
sendiri sudah tergolong dalam perbuatan fasiq?
Banyak
filem-filem luar negara yang ditayangkan di kaca tv dan di pawagam-pawagan
terpapar jelas adegan ranjang, berasmara, bercium (biarpun cuma se-second tidak pula mendapat tentangan hebat daripada
khalayak. Malah, ada yang mendakwa jika cerita 'orang putih', tak ada
babak-babak macam itu seolah-olah ceritanya tidak hidup, janggal dan hilang
nilai komersilnya.
Barangkali,
khalayak mahu setiap babak ranjang atau scene
yang seumpamanya dilakonkan oleh pelakon stunt.
Mungkin kerana budaya orang Malayasia (khususnya Melayu) tidak mengizinkan sebegitu.
Tidak molek, tidak manis dan agak keterlaluan! Kalau begitu, sejauh manakah
pula di zaman ini peradaban melayu itu sememangnya dijaga rapi oleh khalayak
melayu? Lebih jauh dari itu, sejauh mana pula masyarakat negara ini benar-benar
mematuhi rukun peradaban ketimurannya?
Bermakna,
filem melayu memerlukan satu garispanduan yang jelas secara hitam putih untuk
panduan semua pelakon dan artis-artis tempatan. Namun barang diingat, kalau
membuat teknik 'superimpose' sekalipun ia tetap salah di sisi hukum syarak -
yang membuat, yang merelakan dibuat termasuk juga yang asyik menontonnya, sama
saja kena belaka pedakanya! Alahai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.