Selasa, 17 Julai 2012

GILA TALAK DAH..


Jadi Jadilah Tu Pak Ya dan Mak Senah Hoiii..

YAHAYA DAN CHE HASNAH..... berpisah sudah,
jangan diungkit lagi perkara yang sudah-sudah

APAHAL pulak ni Pak Yahaya? Dah bercerai sudah lah, tak payahlah nak kata mengata dan ungkit mengungkit lagi. Nak buat macam mana dah terjadi. Kuasa terima nikah dan turun cerai itu adalah hak lelaki (sumi). Awak yang terima nikah dulu dan awak yang lafazkan talak kan? Tidak timbul soal siapa mintak? Kalau dia minta keluar air mata darah sekalipun, kalau awak tak lafaz (tak beri), akan terjadikah perceraian itu? - [di sini]


Sudah-sudahlah....Mediapun, please la, close story la... 

Jagindas:   Itu dah macam ada tanda-tanda nak gila talak. Sabar Pak Ya, sabar. Astaghfar banyak-banyak...

BATAL MEROMPAK


Jangan Ngeghuit ! - kenali  bahasa kita

Seorang perompak memasuki sebuah rumah yang didiami seorang bujang di Kuala Lumpur. Perompak yang bersenjatakan pisau itu terus masuk ke bilik lalu bercelapak di atas dada mangsa sambil menghunuskan pisau ke tengkok mangsa.




Mangsa terkejut lalu membuka matanya:

Perompak:       Hei, jangan ngeghuit!**

Mangsa:          (dengan perlahan-lahan) 
                        Mike orang Bote ye?

Perompak:       (menengking)
                        Mana mike tau?

Mangsa:          (cakap selamba..)      
                        Teman pun orang Bote.. Hanya orang Bote je cakap ngeghuit tu....

Perompak:       (Tak jadi ....???)

(kedua-duanya bersalaman lantas ke dapur masak meggi dan bancuh kopi-O)


Jagindas:  ** ngenghuit= bahasa orang Bota, Perak maksudnya bergerak - penyebutannya agak sengau sikit  (ejaan bahasa: ngeruit)



(..sambungan) LICIK TETAPI TIDAK CERDIK PERMAINAN PEMBANGKANG


KEHARAMAN HARI INI, MODAL UNTUK ESOK!
NIK AZIZ...MB Kelantan
Bila SPRM mula menggeledah ke kawasan perlombongan haram tersebut, masing-masing menikus terutama Menteri Besarnya sehinggalah pihak media meminta pejelasannya. Itupun, sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.
             Sebagai contoh, cuba teliti jawapan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, bila ditanya wartawan tentang aktivitilombong haram di negeri tersebut:
                         "Sedar, sedar. Dah lama dah sedarnya. Saya pergi dua kali dalam hutan sejak tahun dulu memang jumpa dengan orang yang duduk 'ayak' emas dengan tangan."Sekarang ini khabarnya menggunakan jentera.       Lebih berani lagi,"
                                                      [NIK AZIZ - Utusan Malaysia 15/7/12]

            Malah, "sumbangan tutup sebelah mata" oleh pemimpin pembangkang ini terutama Menteri Besarnya sendiri akan akan dijadikan senjata jika mereka (pembangkang) kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti.                 Bagaimana pula saya berfikiran begitu?
            Mudah sahaja jawapannya. Apabila Barisan Nasional (BN) kembali menawan negeri-negeri yang diperintah pembangkang sekarang dalam PRU13 nanti, sudah tentu kerajaan akan menyusun dan menstruktur semula pentadbiran, pengurusan dan pembangunan di negeri terbabit . Yang bengkok akan diluruskan manakala yang rosak dan musnah akan dibuang mengikut apa yang ditetapkan oleh undang-undang, peraturan dan restu rakyat pada keseluruhannya.
            Justeru, apabila tindakan ini berlaku, sudah tentu banyak pub, kelab malam, pusat hiburan dan pusat sex bebas serta aktiviti-aktiviti perniagaan dan industeri haram yang lain akan ditutup dan didakwa .
            Tentunya tidak semua pusat hiburan atau lombong-lombong emas dan pasir yang beroperasi sekarang akan diluluskan lesennya dengan sebegitu mudah. Ada syarat dan peraturannya yang mesti dipatuhi! Dapatkah dibayangkan apa yang berlaku selepas itu?
            Jelas, protes akan berlaku. Mereka akan mengaitkan masalah tersebut sebagai sumber rezeki sudah terancam. Taiko-taiko pemodal, pelabur dan pelindung para balaci genster tentu kehilangan pekerjaan.
            Akhirnya, kerajaan akan diasak dengan kecaman dan fitnah. Api-api domba akan bernyala lagi. Bara-bara dalam sekam turut mewarnai dunia politik negara ketika itu. Empat atau lima tahun bukan lama. Sampai masanya dendam akan terbalas. Kawasan-kawasan bandar akan kembali bergolak dan jika kerajaan ketika itu gagal mengawal keadaan mungkin akan terlepas lagi.
AZIZAN...MB Kedah
          Negeri Kelantan misalnya, asakan api memfitnah tindakan kerajaan ketika itu akan menggunakan projek lombong haram sebagai bahan dombanya. Rakyat akan digambarkan susah dan menderita akibat peraturan kerajaan pusat.
            Kerajaan akan dikecam  bahawa betapa benarlah kerajaan pusat yang ada sekarang sebagai zalim dan rakus. Kebencian kembali menular, akhirnya selepas empat dan lima tahun kemudian, dendam kembali mengambil tempatnya.
            Dengan kata lain, inilah yang saya katakan semasa pemerintahannya, pembangkang telah menyediakan "modal" untuk pemimpin dan rakyatnya gunakan jikalau mereka kalah dalam PRU yang akan datang ini.
            Teknik memberikan tekanan mewujudkan "suasana serba salah" ini sememangnya menjadi permainan politik rasis mereka. Malah, sebelum inipun kerajaan telah banyak menerima tekanan seumpama itu menerusi saluran NGO-NGO yang menjadi tulang belakang pembangkang.
            Justeru, kerajaan BN hari ini bukan sahaja berhempas pulas untuk merampas kembali negeri-negeri yang telepas malah terpaksa memikir bagaimana untuk menawan pemikiran yang mapan keseluruhan rakyat supaya menerima sebuah negara yang beradab, berperaturan, berperundangan dan sebuah negara yang berdaulat!
            Majoriti rakyat di negara ini masih mengharap dan memerlukan BN menang. Dan, sememangnya kita perlukan kemenangan yang besar. Selamat berjuang!


Jagindas:    .... "itu harta Ahmad Albab yang punya! hahahahahaha"

LICIK TETAPI TIDAK CERDIK PERMAINAN PEMBANGKANG


KEHARAMAN HARI INI, MODAL UNTUK ESOK!

Khalid ... MB Selangor
LICIK, memang licik permainan pembangkang. Kelicikan mereka itu juga memperlihatkan mereka tidak menganggap pilihanraya sebagai satu tugas rakyat yang amat serius. Lantaran  mereka sanggup memperjudikan masa depan negara dengan menjadikan gerakan manusia sebagai benteng dan pahlawan yang akan mendepani masa depan tanpa garis panduan yang jelas.
            Tiada matlamat atau halatuju yang konkrit. Dan, rela menjadi apa sahaja asalkan matlamat diri tercapai. Namun, apabila nasi sudah menjadi bubur, sudah barang pasti kerajaan yang tedahulu akan dipersalahkan: ..kerana tidak akur dengan kehendak rakyat. Kerana begitu rakus memamah hak rakyat sehingga rakyat merana! Barangkali itulah antara kata-kata nista yang akan mereka laungkan nanti.
            Mungkin, pembaca mengaitkan perenggan di atas kepada peristiwa-peristiwa protes dan demonstrasi yang berlaku sebelum ini (mungkin juga selepas ini). Sebenarnya tidak. Apa yang saya maksudkan adalah boleh dikatakan semua negeri yang diperintah oleh pembangkang hari ini membenarkan rakyatnya menjalankan pelbagai aktiviti yang bersifat menongkah arus. Seolah-olah tiada lagi undang-undang dan peraturan yang perlu diapakai guna.
            "Selagi aku memerintah, buatlah apa kamu suka. Buatlah apa yang kamu tidak boleh buat sebelum ini", seolah-olah begitulah yang dipamerkan pemimpin mereka kepada rakyat di negeri masing-masing.
            Tumbuhnya rumah urut bagai cendawan selepas hujan, beroperasinya kedai-kedai judi haram tanpa pengawasan dan pusat-pusat hiburan yang meyediakan bidadari-bidadari impot yang mengasyikan. Semuanya bagaikan tanpa kawalan bahkan bagai digalak-galakan.
            Jika hari ini kerajaan pusat menimbus, malam esok lubang terbuka semula. Esok kerajaan pusat memburu, namun lusa dia datang semula. Licikkan?



      Pernah kita dengar kenyataan akhbar dari pihak pemimpin pembangkang yang kesal atau marah terhadap rakyatnya yang memperlakukan aktiviti-aktiviti haram di negeri-negeri berkenaan. Lim Guan Eng? diam sahaja. Razak? diam juga. Khalid Ibarahim? pun diam. Nik Aziz dengan projek lombong haram anak negerinyapun turut diam.

            Kenapa mereka mendiam diri? Apakah tugas membanteras hanya terpikul kepada kerajaan pusat? Siapakah yang berkuasa memberikan lesen, memantau dan melapor? Jawapan mudahnya ialah  kerana mereka akan jadikan semua kegiatan yang biadap ini sebagai senjata untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti dan selepasnya. 
            Tambah pelik, pegawai-pegawai kerajaan berkaitan juga turut diam melainkan setelah dibongkar dan dipaksa bercakap. Namun, jawapan yang diberi amat menggelikan hati. Mungkin, ada wayang yang telah diskripkan. Cuba teliti jawapan daripada pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan ini di sini:   Yang tanya masalah emas, yang dibesar-besarkan pula lombong bijih timah!
            Jadi, saya melihat apa yang berlaku ini sememangnya disedari oleh pemimpin mereka termasuk pegawai-pegawai berkaitan tetapi sengaja dibiarkan atau dipandang sebelah mata yang mana mereka sahaja yang tahu maksud sebenarnya.
            Yang jelas, mesti ada sesuatu yang tersembunyi. Pepatah kata, kalau tidak ada berada-ada tidaklah tempua bersarang rendah! Demikian apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mula merisik kes itu.
            Itu dari sudut kes perlombongan haram dan pembalakan tanpa kawalan yang berlaku di Kelantan. Samalah juga di negeri lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Selangor

Jagindas:  ....bersambung ke bahagian 2