Selasa, 17 Julai 2012

LICIK TETAPI TIDAK CERDIK PERMAINAN PEMBANGKANG


KEHARAMAN HARI INI, MODAL UNTUK ESOK!

Khalid ... MB Selangor
LICIK, memang licik permainan pembangkang. Kelicikan mereka itu juga memperlihatkan mereka tidak menganggap pilihanraya sebagai satu tugas rakyat yang amat serius. Lantaran  mereka sanggup memperjudikan masa depan negara dengan menjadikan gerakan manusia sebagai benteng dan pahlawan yang akan mendepani masa depan tanpa garis panduan yang jelas.
            Tiada matlamat atau halatuju yang konkrit. Dan, rela menjadi apa sahaja asalkan matlamat diri tercapai. Namun, apabila nasi sudah menjadi bubur, sudah barang pasti kerajaan yang tedahulu akan dipersalahkan: ..kerana tidak akur dengan kehendak rakyat. Kerana begitu rakus memamah hak rakyat sehingga rakyat merana! Barangkali itulah antara kata-kata nista yang akan mereka laungkan nanti.
            Mungkin, pembaca mengaitkan perenggan di atas kepada peristiwa-peristiwa protes dan demonstrasi yang berlaku sebelum ini (mungkin juga selepas ini). Sebenarnya tidak. Apa yang saya maksudkan adalah boleh dikatakan semua negeri yang diperintah oleh pembangkang hari ini membenarkan rakyatnya menjalankan pelbagai aktiviti yang bersifat menongkah arus. Seolah-olah tiada lagi undang-undang dan peraturan yang perlu diapakai guna.
            "Selagi aku memerintah, buatlah apa kamu suka. Buatlah apa yang kamu tidak boleh buat sebelum ini", seolah-olah begitulah yang dipamerkan pemimpin mereka kepada rakyat di negeri masing-masing.
            Tumbuhnya rumah urut bagai cendawan selepas hujan, beroperasinya kedai-kedai judi haram tanpa pengawasan dan pusat-pusat hiburan yang meyediakan bidadari-bidadari impot yang mengasyikan. Semuanya bagaikan tanpa kawalan bahkan bagai digalak-galakan.
            Jika hari ini kerajaan pusat menimbus, malam esok lubang terbuka semula. Esok kerajaan pusat memburu, namun lusa dia datang semula. Licikkan?



      Pernah kita dengar kenyataan akhbar dari pihak pemimpin pembangkang yang kesal atau marah terhadap rakyatnya yang memperlakukan aktiviti-aktiviti haram di negeri-negeri berkenaan. Lim Guan Eng? diam sahaja. Razak? diam juga. Khalid Ibarahim? pun diam. Nik Aziz dengan projek lombong haram anak negerinyapun turut diam.

            Kenapa mereka mendiam diri? Apakah tugas membanteras hanya terpikul kepada kerajaan pusat? Siapakah yang berkuasa memberikan lesen, memantau dan melapor? Jawapan mudahnya ialah  kerana mereka akan jadikan semua kegiatan yang biadap ini sebagai senjata untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti dan selepasnya. 
            Tambah pelik, pegawai-pegawai kerajaan berkaitan juga turut diam melainkan setelah dibongkar dan dipaksa bercakap. Namun, jawapan yang diberi amat menggelikan hati. Mungkin, ada wayang yang telah diskripkan. Cuba teliti jawapan daripada pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan ini di sini:   Yang tanya masalah emas, yang dibesar-besarkan pula lombong bijih timah!
            Jadi, saya melihat apa yang berlaku ini sememangnya disedari oleh pemimpin mereka termasuk pegawai-pegawai berkaitan tetapi sengaja dibiarkan atau dipandang sebelah mata yang mana mereka sahaja yang tahu maksud sebenarnya.
            Yang jelas, mesti ada sesuatu yang tersembunyi. Pepatah kata, kalau tidak ada berada-ada tidaklah tempua bersarang rendah! Demikian apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mula merisik kes itu.
            Itu dari sudut kes perlombongan haram dan pembalakan tanpa kawalan yang berlaku di Kelantan. Samalah juga di negeri lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Selangor

Jagindas:  ....bersambung ke bahagian 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.