Selasa, 17 Julai 2012

(..sambungan) LICIK TETAPI TIDAK CERDIK PERMAINAN PEMBANGKANG


KEHARAMAN HARI INI, MODAL UNTUK ESOK!
NIK AZIZ...MB Kelantan
Bila SPRM mula menggeledah ke kawasan perlombongan haram tersebut, masing-masing menikus terutama Menteri Besarnya sehinggalah pihak media meminta pejelasannya. Itupun, sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.
             Sebagai contoh, cuba teliti jawapan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, bila ditanya wartawan tentang aktivitilombong haram di negeri tersebut:
                         "Sedar, sedar. Dah lama dah sedarnya. Saya pergi dua kali dalam hutan sejak tahun dulu memang jumpa dengan orang yang duduk 'ayak' emas dengan tangan."Sekarang ini khabarnya menggunakan jentera.       Lebih berani lagi,"
                                                      [NIK AZIZ - Utusan Malaysia 15/7/12]

            Malah, "sumbangan tutup sebelah mata" oleh pemimpin pembangkang ini terutama Menteri Besarnya sendiri akan akan dijadikan senjata jika mereka (pembangkang) kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti.                 Bagaimana pula saya berfikiran begitu?
            Mudah sahaja jawapannya. Apabila Barisan Nasional (BN) kembali menawan negeri-negeri yang diperintah pembangkang sekarang dalam PRU13 nanti, sudah tentu kerajaan akan menyusun dan menstruktur semula pentadbiran, pengurusan dan pembangunan di negeri terbabit . Yang bengkok akan diluruskan manakala yang rosak dan musnah akan dibuang mengikut apa yang ditetapkan oleh undang-undang, peraturan dan restu rakyat pada keseluruhannya.
            Justeru, apabila tindakan ini berlaku, sudah tentu banyak pub, kelab malam, pusat hiburan dan pusat sex bebas serta aktiviti-aktiviti perniagaan dan industeri haram yang lain akan ditutup dan didakwa .
            Tentunya tidak semua pusat hiburan atau lombong-lombong emas dan pasir yang beroperasi sekarang akan diluluskan lesennya dengan sebegitu mudah. Ada syarat dan peraturannya yang mesti dipatuhi! Dapatkah dibayangkan apa yang berlaku selepas itu?
            Jelas, protes akan berlaku. Mereka akan mengaitkan masalah tersebut sebagai sumber rezeki sudah terancam. Taiko-taiko pemodal, pelabur dan pelindung para balaci genster tentu kehilangan pekerjaan.
            Akhirnya, kerajaan akan diasak dengan kecaman dan fitnah. Api-api domba akan bernyala lagi. Bara-bara dalam sekam turut mewarnai dunia politik negara ketika itu. Empat atau lima tahun bukan lama. Sampai masanya dendam akan terbalas. Kawasan-kawasan bandar akan kembali bergolak dan jika kerajaan ketika itu gagal mengawal keadaan mungkin akan terlepas lagi.
AZIZAN...MB Kedah
          Negeri Kelantan misalnya, asakan api memfitnah tindakan kerajaan ketika itu akan menggunakan projek lombong haram sebagai bahan dombanya. Rakyat akan digambarkan susah dan menderita akibat peraturan kerajaan pusat.
            Kerajaan akan dikecam  bahawa betapa benarlah kerajaan pusat yang ada sekarang sebagai zalim dan rakus. Kebencian kembali menular, akhirnya selepas empat dan lima tahun kemudian, dendam kembali mengambil tempatnya.
            Dengan kata lain, inilah yang saya katakan semasa pemerintahannya, pembangkang telah menyediakan "modal" untuk pemimpin dan rakyatnya gunakan jikalau mereka kalah dalam PRU yang akan datang ini.
            Teknik memberikan tekanan mewujudkan "suasana serba salah" ini sememangnya menjadi permainan politik rasis mereka. Malah, sebelum inipun kerajaan telah banyak menerima tekanan seumpama itu menerusi saluran NGO-NGO yang menjadi tulang belakang pembangkang.
            Justeru, kerajaan BN hari ini bukan sahaja berhempas pulas untuk merampas kembali negeri-negeri yang telepas malah terpaksa memikir bagaimana untuk menawan pemikiran yang mapan keseluruhan rakyat supaya menerima sebuah negara yang beradab, berperaturan, berperundangan dan sebuah negara yang berdaulat!
            Majoriti rakyat di negara ini masih mengharap dan memerlukan BN menang. Dan, sememangnya kita perlukan kemenangan yang besar. Selamat berjuang!


Jagindas:    .... "itu harta Ahmad Albab yang punya! hahahahahaha"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.