Isnin, 31 Mac 2014

MANA SATU YANG WAJAR BAGI NAJIB?

Lepaskan Jawatan Atau Dicabar!

SEMASA  remaja dahulu, penulis diberitahu rakan-rakan politik kononnya prinsip politik Mohd Najib Tun Razak adalah jenis ‘play safe’. Malah, sehinggakan Najib memegang jawatan tertinggi dalam parti (umno) sampailah beliau menjawat jawatan Perdana Menteri pun, kalimat ‘play safe’ itu masih disebut-sebut. Bahkan, ada yang menokok tambah kononnya Najib juga pengidap ‘TB’ (dari jenis takut bini). Entahlah.. mulut manusia dan fitnah politik seperti itu adalah perkara biasa. Dan, kebanyakan orang politik pun sudah kebal dengan cercaan seperti itu!

Ahad, 30 Mac 2014

BN MENANG MUDAH DI BALINGIAN

Tahniah BN, Terima Kasih Pengundi Balingian 

YB Yussibnosh Balo


Jagindas:  Bumi Sarawak cantik…Ada cita-cita nak pindah ke Sarawak..

Sabtu, 29 Mac 2014

FILEM TAMIL VERSI MALAYA BAKAL MUNCUL TAK LAMA LAGI


Suami Belasah Isteri!

Pasangan bahagia...Anwar dan Azizah
INILAH filem tamil komidi versi Malaya yang amat dinantikan-nantikan rakyat Malaysia, di sini.


Jagindas:  hehehe….

Khamis, 27 Mac 2014

KARNIVAL KAKI KARTUN DI PERAK, HAMBAR

Istana Kelly di Batu Gajah, Perak
Akibat Promosi Dan Kempen Yang Lemah

PADA Selasa, 25 Mac, 2014, penulis menyinggahkan diri di perkarangan ‘Istana Kellie’ di Batu Gajah. Rupa-rupanya di situ sedang berlangsung Karnival Kaki Kartun sejak 22 hingga 30 Mac ini. Program tersebut dilihat hebat tetapi kurang mendapat sambutan khalayak.
            Penulis tidak berhasrat hendak mengulas perjalanan aktiviti tersebut. Apa yang penulis hendak perkatakan adalah program tersebut amat bagus disokong namun, malangnya langkah mempromosi program / aktiviti tersebut daripada pihak berkenaan khususnya bahagian pelancongan dan kebudayaan negeri Perak agak hambar. Akibatnya, khalayak bahkan ramai kalangan pencinta seni kurikatur dan animasi tempatan sendiri tidak mengetahuinya sekali gus sambutan terhadap program berkenaan menjadi dingin.