Ahad, 3 Februari 2013

FILEM "VISHWAROOPAM" JELAS HINA ISLAM

Umat Islam di Lucknow (India) membantah tayangan filem
 Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan

KDN Akan jumpa Pengedar Filem

BEBERAPA AKHBAR hari ini memaparkan berita yang Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menemui pengedar filem kontroversi Vishwaroopam  yang didakwa menghina agama Islam [ di dini].
            Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin, dipetik sebagai berkata:  "Saya kenal dengan pemilik syarikat pengedaran itu dan kita akan cari penyelesaian menerusi sumbernya," Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Sembrong, di Felda Ulu Belitong, semalam.
            Menjadi persoalan penulis, apa maksudnya "Saya Kenal..." Apakah kelulusan tayangan yang diberikan sebelum ini turun dari atas, atas dasar "saya kenal dia?"
            Logiknya, jika memang sudah kenal, sudah tentulah awal-awal lagi perkara ini tidak berlaku. Kawan macam mana sekalipun, tentulah Hishamuddin akan menasihati kenalannya itu supaya menjaga ketertiban negara ini. Paling tidak menghormati Hishamudin sebagai menteri KDN.
            Jadi, apakah "orang saya kenal' itu sengaja "buat-buat tidak kenal" Hishamuddin? Rakan apa ni?
            Apapun, semoga Hishamuddin dapat menjelaskan kepada pengedar filem tersebut bagaimana cara untuk menghormati rakan yang mereka kenali terutama yang berdajat pemimpin negara atau menteri. Kalau tidak nanti, orang akan kata menteri KDN ada ehem ehem dengan pengedar filem itu pulak! Lagi naya...
            Pelik juga, sebab di India, umat Islam sudah berdemo membantah tayangan filem lakonan Kamal Hassan ini [di sini]. Justeru, apa sebenarnya 'kiblat'  pegawai-pegawai penapisan filem negara kita?
            Kepada semua pemimpin-pemimpin negara, jaga-jagalah terhadap 'orang yang anda kenal'..



Jagindas: Ramai yang jual nama demi kepentingan peribadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.