Kenaikan Harga Barangan Tidak Dapat
Dielak
KHABAR-KHABAR
mengatakan harga daging lembu akan naik menjelang Jun depan merunsingkan banyak
pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang
dikaitkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya bahan
makanan memang menggusarkan kerajaan. Ini kerana kesan dan impaknya kepada
negara terutama iklim politik boleh terkesan.
Namun, kerajaan telah memberi
jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berlaku dengan begitu drastik.
Justeru, rakyat tidak perlu khuatir terutama kepada umat Islam yang akan
menghadapi puasa bulan Ramadhan pada hujung Jun ini dan seterusnya menyambut
hari raya puasa sebulan selepas itu, Insya-Allah.