Isnin, 28 April 2014

ISU PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG, AHLI MAJLIS

Rakyat Pertikai Faktor Usia

PERTAMA SEKALI, diucapkan tahniah kepada semua ketua kampong (KK) yang telah dilantik bagi penggal ini (bagi tempoh 3 tahun kehadapan) berkuatkuasa 01 April lalu. Semoga tuan-tuan dapat menjalankan amanah jawatan tersebut dengan penuh jujur, telus, cekap, bersih, aktif dan proaktif. Semuanya itu demi pembangunan, keselamatan dan kebahagian penduduk kampung masing-masing. Semua, tanpa mengira apa fahaman dan kedudukan mereka. Pendek kata, dari atas ke bawah dan sebaliknya hendaklah bagus belaka. Barulah maju, bak kata Menteri Besar (MB) Perak..Aman Jaya!

Sabtu, 26 April 2014

WARASKAN MINDA: JANGAN BERTINDAK IKUT EMOSI

Abdullah Sa'amah
Samanlah Secara Profesional, Telus dan Ikhlas Bertugas

MEMBACA kekesalan Tuan Guru Abdullah Sa’amah, ‘ pengasas Pondok Genting Tumpat, di Kelantan, terhadap tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyebarkan video di youtube yang beliau di saman, penulis turut rasa kecewa juga. Pada dasarnya, isu tindakan pegawai JPJ terbabit  tidaklah sebesar mana. Paling tidak hasrat mereka adalah untuk memberi tahu umum bahawa pihak JPJ tidak memilih bulu jika mengambil tindakan kepada pesalah pengguna kenderaan bermotor termasuklah terhadap seorang tok guru yang disegani. Jadi marilah kita ucapakan syabas kerana anda (JPJ) tegas atau sekurang-kurangnya baru mahu mula belajar tegas. Beritanya baca (di sini). Video-nya pula di sini. 

Jumaat, 25 April 2014

PEMANDU DAN BAS WAJIB DISARING SETIAP HARI

GAMBAR HIASAN
Nyawa Lebih Berharga Daripada Keuntungan

SEBELUM INI, setiap kali bertemu Ramadhan dan Syawal, jumlah kemalangan maut membabitkan kenderaan awam termasuk bas ekspres dan bas persiaran bagaikan satu fenomena biasa yang akan berlaku atau seperti musimnya sudah tiba.  Malah, setiap kali menjelang hari raya (puasa) kedengaran cakap-cakap di kedai kopi menjangka-jangka berapa pula yang akan maut menyambut raya tahun itu. Begitulah hebatnya penangan masalah tahap keselamatan pengangkutan awam kita khususnya yang membabitkan bas ekspres.

Selasa, 22 April 2014

MB MANA YANG AKAN DITUKAR


Lama, Lembab Atau...?

BARU-BARU ini ada ura-ura konon dua menteri besar (MB) akan digugur dan digantikan dengan MB baru. Tentulah mereka itu daripada MB yang kerajaan negerinya adalah Barisan Nasional. Tapi Siapa? Kenapa pulak?
            Congak punya congak dari Perlis sampai ke Johor dan naik ke Pahang, Trengganu dan rasanya tak ada pun yang wajar ditukar sekarang. Perlis? Apa masalahnya? Negeri kecik jer…Kedah? Apa yang tak kenanya dengan anak Tun Mahathir itu?