Jumaat, 2 Mei 2014

MELAYU TIDAK SERIUS BERNIAGA?

Antara Punca Kedai Melayu Malap

PENULIS tertarikk dengan tulisan di akhbar Utusan Malaysia edisi 29/4/14 lalu bertajuk “Memperbaiki Cara Niaga Orang Melayu”yang ditulis oleh M Jasni Majeed. Apa yang ditulis itu adalah sesuatu yang biasa.  Biasa maksud penulis adalah isu yang semua orang tahu. Semua orang biasa merungutkan hal itu.
            Walaupun begitu, eloklah di baca sekali lagi dan hayati apatah lagi kalau anda belum atau tidak berkesempatan membacanya. Baca Di sini.

Isnin, 28 April 2014

ISU PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG, AHLI MAJLIS

Rakyat Pertikai Faktor Usia

PERTAMA SEKALI, diucapkan tahniah kepada semua ketua kampong (KK) yang telah dilantik bagi penggal ini (bagi tempoh 3 tahun kehadapan) berkuatkuasa 01 April lalu. Semoga tuan-tuan dapat menjalankan amanah jawatan tersebut dengan penuh jujur, telus, cekap, bersih, aktif dan proaktif. Semuanya itu demi pembangunan, keselamatan dan kebahagian penduduk kampung masing-masing. Semua, tanpa mengira apa fahaman dan kedudukan mereka. Pendek kata, dari atas ke bawah dan sebaliknya hendaklah bagus belaka. Barulah maju, bak kata Menteri Besar (MB) Perak..Aman Jaya!

Sabtu, 26 April 2014

WARASKAN MINDA: JANGAN BERTINDAK IKUT EMOSI

Abdullah Sa'amah
Samanlah Secara Profesional, Telus dan Ikhlas Bertugas

MEMBACA kekesalan Tuan Guru Abdullah Sa’amah, ‘ pengasas Pondok Genting Tumpat, di Kelantan, terhadap tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyebarkan video di youtube yang beliau di saman, penulis turut rasa kecewa juga. Pada dasarnya, isu tindakan pegawai JPJ terbabit  tidaklah sebesar mana. Paling tidak hasrat mereka adalah untuk memberi tahu umum bahawa pihak JPJ tidak memilih bulu jika mengambil tindakan kepada pesalah pengguna kenderaan bermotor termasuklah terhadap seorang tok guru yang disegani. Jadi marilah kita ucapakan syabas kerana anda (JPJ) tegas atau sekurang-kurangnya baru mahu mula belajar tegas. Beritanya baca (di sini). Video-nya pula di sini. 

Jumaat, 25 April 2014

PEMANDU DAN BAS WAJIB DISARING SETIAP HARI

GAMBAR HIASAN
Nyawa Lebih Berharga Daripada Keuntungan

SEBELUM INI, setiap kali bertemu Ramadhan dan Syawal, jumlah kemalangan maut membabitkan kenderaan awam termasuk bas ekspres dan bas persiaran bagaikan satu fenomena biasa yang akan berlaku atau seperti musimnya sudah tiba.  Malah, setiap kali menjelang hari raya (puasa) kedengaran cakap-cakap di kedai kopi menjangka-jangka berapa pula yang akan maut menyambut raya tahun itu. Begitulah hebatnya penangan masalah tahap keselamatan pengangkutan awam kita khususnya yang membabitkan bas ekspres.