Selasa, 2 Oktober 2012

PENDATANG KUASAI EKONOMI SETEMPAT


Berjuta RM Meluncur Keluar Negara

GAMBAR HIASAN
ISU warga asing yang dikatakan semakin menguasai beberapa perniagaan di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sudah mula mendapat perhatian media setelah rakyat tidak lagi tahan melihat gelagat kaum berkenaan yang adakalanya menjadikan negara ini seperti negara mereka sendiri.
            Sebenarnya ini bukanlah isu baru. Malah perihal kedatangan mereka yang tidak mengikut saluran dan prosedur wajib juga sehingga hari ini masih diperkatakan.
 Di kedai-kedai kopi dan dalam sembang-sembang umum, khalayak turut memperkatakan peranan penguatkuasa. Pelbagai sangkaan dibuat terhadap unit berkenaan. Ada yang kata penguatkuasa tahu tetapi buat-buat tidak tahu, nampak tetapi buat-buat tidak nampak, malah ada yang berkawan rapat dengan PATI(?)
            Sehingga, sangkaan-sangkaan buruk itu mengheret masyarakat tidak menjadi pelik terhadap perlakuan "banyak lemak" golongan pendatang kerana dalam sesetengah keadaan mereka dilihat dapat "mengawal" penguatkuasa.
            Secara umum kaum pendatang di negara ini bolehlah dikategori sebagai:
pendatang tanpa izin (pati),  yang menyalahgunakan permit, pelajar warga asing dan kaum yang menyalahgunakan pass lawatan sosial.
            Dari sudut keburukannya, kehadiran mereka telah menyebabkan meningkatnya jenayah sivil, jenayah sex, pelbagai aktiviti perniagaan berunsur sex, menututup peluang rezki penduduk tempatan serta meningkatkan jumlah pengganggur penduduk tempatan.
            Selain itu, kehadiran mereka juga turut menimbulkan pelbagai masalah dalam institusi keluarga penduduk tempatan.
            Apakah kejadian yang seolah-olah tidak terkawal itu ada kaitan dengan sikap penguatkuasa yang memberi muka kepada pendatang terutama PATI. Kalau benar dakwaan itu, mengapa pula jadi demikian? Apakah keistimewaan pendatang itu di kaca mata penguatkuasa kita?
            Jikalah sehingga ke peringkat itu berlakunya maka darjat pihak berkuasa tidak ubah seperti menjual negara sendiri? Ibarat dalam peperangan, mereka sanggup melepaskan penceroboh memasuki sempadan negara langsung memperlakukan apa sahaja terhadap negaranya.
            Mudah-mudahan sangkaan ini tidak benar sama sekali! Tidak benar!
            Mereka ini (pendatang) bukan sahaja menguasai pasaran kerja malahan juga ekonomi tempatan. Mereka tidak lagi menjalankan perniagaan secara sorok-sorok tetapi kini di pasaran terbuka yang jelas berhadapan dengan pihak berkuasa.
            Kalau  demikian, apakah masalah sebenarnya sehingga kaum pendatang dilihat begitu bermaharajalela bagaikan negara tanpa penguatkuasa? Dasar, undang-undang serta peraturan kerajaan sudah lengkap dan kemas. Apakah pegawai dan kakitangan pelaksana gagal menjalankan tugas mereka? Itu yang kerap bermain di pemikiran khalayak dan rakyat.
            Kerajaan telah melimpahkan pelbagai insentif dan tolak ansur kepada agensi-agensi kerajaan bagi menselesakan taraf hidup kakitangan awam terutama bahagian penguatkuasa seperti polis, imegresen, kastam, kakitangan majlis perbandaran, anggota rela dan banyak lagi.
            Namun, apakah ia masih kurang cukup untuk menyuntik mereka supaya lebih proaktif, bersemangat, bertenaga dan telus dalam melaksanakan amanah serta tugas mereka itu.
            Keadaan seperti itu menimbulkan tanda tanya kalangan khalayak apakah berlaku ketirisan sehingga tindakan penguatkuasaan dirasakan agak lemah! Yang nyata, apabila persoalan seperti itu timbul,  bahagian terbabit akan segera menafikan malah pelbagai fakta dan alasan diberikan bagi meyakinkan rakyat.
            "Pun begitu, masakan pokok bergoyang tanpa angin? Apa yang tidak jelas adalah bukti. Mestilah, sebab yang makan sorok-sorok tentulah pandai meyimpannya...", itulah suara khalayak apabila isu itu bermain di media-media sejak beberapa hari lalu.
            Apapun natijahnya, marilah kita rawati luka sebelum bernanah, sebelum bisul menjadi tokak! Mahu tidak mahu terpaksa sebut juga bahawa dalam hal ini Menteri Dalam negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kena panjangkan tengkok lihat apa sebenarnya terjadi di bawah sana!


Jagindas: Sedih tengok anak tempatan jadi kuli manakala pendatang jadi taukeh!   klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.