Pagi tadi saya dan rakan-rakan bertemu di kedai mamak untuk
sarapan pagi dengan roti canai banjir. Kami betul-betul mati angin.
Masing-masing macam tak ada mood nak
bersembang macam selalu. Agaknya cuaca panas dan jerubu sedikit sebanyak
mempengaruhi minda. Baru pukul sembilan tapi bahang panas dah terasa.
Dalam tak ada isu itu, seorang rakan membuka ruang bicara
dengan isu sudah ramai kaum bangla yang mendagang ke negara ini sekarang
menjadi taukeh setelah beberapa tahun di maki herdik sebagai kuli kontrak
ketika bertaukehkan cina, india mahupun melayu.
Pandai bangla ni, dengan sedikit rupa ala-ala Shah Rukh
Khan-nya, dia memikat gadis wanita melayu rakyat Malaysia. Dia tak kira dara
atau janda. Tua muda pun dia tak kira! Janji boleh kahwin. Dia tahu, dengan
cara itu dia boleh gunakan isterinya untuk mendaftar syarikat perniagaan. Boleh
beli rumah, banglo besar ratus ribu ringgit. Boleh beli harta atas nama
isterinya itu. Kereta besar, lori dan motosikal.
Tak kurang penting juga, mereka boleh balik ke bangladesh
sebulan sekali bayar "bil air" rumah bini tua
di sana.
Walaupun semua aset dan wang simpanan atas nama isterinya
Malaysia, namun dia tetap berkuasa. Dia suami! Sebahagian pendapatan akan
dicurahkan juga ke bangladesh. Itu persediaan untuk masa kecemasan. Apa-apa
berlaku di negara ini, kalau dia terpaksa balik ke negara asalnya, dia memang
sudah kaya dan senang lenang.
Isteri mesti taat kepada suami selagi si suami tidak
menyalahi hukum syarak. Lagipun perempuan tu bukan ada kerja pun. Jadi dia kena bersyukur dengan nikmat yang
diberikan oleh suaminya itu. Selesai..
Punya lori, pemandunya melayu tempatan. Yang diniagakan pula
hasil-hasil tempatan yang sebelum ini melambak ruak di depan mata orang
tempatan. Sebelum ini tidak siapa pun yang berusaha untuk menjadi taukeh
meniagakan benda-benda tersebut.
Bila bangla berniaga, dia jadi pemborong. Orang melayu
menyembah jual hasil kepada bangla. Bangla kuasai perniagaan dan harga. Melayu
beli balik daripada bangla. Hasil tempatan! Melayu bawak lori bangla siap kena
maki kalau lambat atau tak betul kerja. Buang kerja lagi, kalau malas atau
menipu. Dia buat macam mana dia pernah kena maki masa mula-mula jadi kuli dulu.
Dia belajar dari situ, dari taukeh-taukeh terdahulu.
Pandai bangla ni dan cepat belajar. Bukan itu sahaja, mereka
juga cekal dan berani.
Apa yang tak kena ni??
jagindas: ada seorang
kawan, dulu dah jadi taukeh ikan, tapi sekarang jadi orang suruhan bangla tangkap ikan jual ikan. Bangla tu dulu
pernah beli ikan ternakan dia. hahaha...
macam-macam la..
Salah siapa ? Melayu ! Kerana Melayu Mudah Lupa ! Lupa Diri ! Lupa Asal Usul ! Lupa Perjuangan Angkatan Sebelum ! Melayu Hanya Ingat Enjoy Dan Kaya Cepat !
BalasPadamhahaha.....itu namanya MELAYU BODOH
BalasPadamaaaaaaa.....(versi org gagap)
BalasPadamceh.....bising kt tenet je buat ap.....turun padang la bodoh......pengecut je hnye bunyi kat sini.....ajar anak2 utk rajin berusaha.....bkan terus keje makan gaji slps SPM... bkak prniagaan slow2.....baru lambat laun kte bleh kontrol balik negara ni......baru bangla kita bleh layan mcm anjing kurap
BalasPadam