Khamis, 13 Disember 2012

DROPPED CALLS dan TAK ADA SIGNAL


Mainan Wayang Syarikat Telekomunikasi

SETELAH sekian lama pengguna menderita dengan masalah dropped calls bagi talian telefon mudah alih, sekarang barulah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersuara. Itupun setelah ada pihak yang menjerit!             
            Pun begitu, masih lagi dengan memberi AMARAN. Harap-harap "amaran' ini bukan jangkitan daripada satu pihak yang sedikit masa dulu cukup suka buat amaran, amaran, amaran tak sudah-sudah. breaking news di sini.
            Demikian juga dengan signal internet yang menggunakan sistem broadband mobile. Kalau kita tengok iklan di media-media semuanya macam bagus-bagus tetapi realitinya...?, Alamakkkk ai.., hampeh! Hampeh! Tau tak hampeh tu apa? Dekat-dekat macam najis lahhh..
            Sekitar tahun 1995/96 ketika Datuk Seri Samy Vellu menjadi menteri tenaga dan telekomunkasi, di mana ketika itu penulis masih sebagai pemberita, Samy pernah menegaskan bahawa semua sistem talian telekomunikasi di negara ini akan selesai sepenuhnya sebelum tahun 2000. Penyelesaian ini termasuk perayauan ke semua pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak.
            Kalau hendak diikutkan kata Samy ketika itu, liputan perayauan itu juga meliputi kawasan hutan belantara, bukit-bukau dan gunung-ganang apatah lagilah di kampung-kampung malah sehingga di celah-celah gunung pun boleh menerima signal, katanya. Wah, hebat kan? Apa sudah jadi selepas 12 tahun daripada tarikh yang dijanjikannya? Janjinya itu adalah janji kerajaan sebab dia bercakap atas nama menteri ketika itu.
            Teringat pulak, ketika beliau bercakap kepada pemberita, masa itu seluruh negara sedang hebat dengan aktiviti serta program kempen menjelang pilihanraya 1995. Macam sekarang juga, semua pihak yang berkaitan masing-masing memperakui kekuatan masing-masing termasuklah SKMM. Amaran!
            Kepada mereka terbabit, jangan macam tu... Boleh, katalah boleh. Jangan tak boleh dikata boleh. Apakah pihak berkenaan ada memasang dendam kerana kerajaan membantah ura-ura syarikat telekomunikasi mahu menaikan caj beberapa tahun lalu? Janganlah tak dapat tanduk telinga dipulas!
            Seperti yang disergah oleh beberapa pihak, buatlah kerja dengan ikhlas dan jujur . Jangan bongkak dan sombong. Dalam bisnis, apatah lagi dari sudut Islam, bukan sekadar mencari untung sahaja. Itu pelahap namanya. Dalam bisnis kecekapan perkhidmatan dan perolehan laba hendaklah seimbang. Maknanya, menang - menang. Bukan you all tidak tahu hal inipun! Saja-saja buat-buat nohen (bahasa orang Perak)
           

Jagindas: Masanya sekarang menelan janji


kamus jagindas: nohen -- buat-buat tak tahu, selamba, keadaan macam tak ada apa-apa (konon lawak orang Perak kata-kata ini datangnya daripada bahasa inggeris "no hint" dijadikan sebutannya nohen, hahahahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.