Serasa Macam Sentiasa Diikuti Kamera
BUKAN saja-saja bercuti. Ada urusan keluarga
di sana. Biasalah, musim cuti sebegini selalunya sambil menyelam miunum air.
Boleh bawak anak-anak sekali. Habis tu, nak kemana lagi...? Johor pun jadilah. Entah
sempat entah tidak ziarah "lego Land".
Namun sepanjang perjalanan dari
Tapah ke selatan tentunya menempuh selangor, KualaLumpur, Seremban, Melaka, Tangkak
kemudian barulah sampai ke Parit Botak setelah menyusur keluar Air Hitam.
Macam-macam pembangunan dalam negara yang dapat dilihat.
Kira-kira
sepuluh tahun lalu, bila penulis balik ke Johor melalui Lebuhraya Utara-Selatan (plus), pada laluan-laluan
tertentu setelah diagak-agak "selamat" penulis akan pecut sehingga cecah
150/160 km sejam. Maklumlah, kereta penulis hanya mampu setakat itu sahaja.
Bukan
apa, kalau bawak steady 110-118km/j
terasa cepat mengantuk. Itu kereta penulis. Orang lain, apatah lagi yang guna
plat Simgapura dan diplomatik dan mereka yang pakai kereka mewah lajunya macam
kilat.
Berlainan sekali perjalanan kali ini.
Kereta agak banyak juga sebab mungkin faktor cuti sekolah tetapi tidaklah
sampai jem. Namun boleh dikatakan semua kereta bergerak senada iaitu antara 90
-120km/jam. Pun begitu, bas dan lori nampaknya melebihi 90km/jam!
Inilah
kesan yang penulis dapat rasa dan lihat apabila kamera polis dan kamera AES
ditaburkan merata-merata. Bagus, memang bagus. Hati tak sakit sebab semua
pemandu 'bersopan santun'. Akan tetapi..., punyalah lugunya untuk sampai ke
destinasi!
Kalau
biasanya lima jam, kali ini jadi enam jam. Tapi oleh kerana banyak berhenti
sebab mengantuk, maka perjalanan menjadi 7.5 jam. Apapun, Alhamdulillah,
selamat sampai..
Dalam
akhbar melaporkan, selepas di Selangor kamera AES dicacatkan oleh puak
vandelisme yang tidak bertanggung jawab. Penyakit itu dikatakan menular pula ke
Slim River Perak. Penulis pun memang tidak berapa suka juga dengan pelaksaan
AES yang terlalu mendadak ini tetapi tidaklah pula sampai terniat untuk
menjahanamkan kamera tersebut. Memprotes menerusi aktiviti jenayah suatu
perbuatan yang tidak baik dan mereka wajar dikenakan tindakan undang-undang.
Kalau
pihak terbabit mendakwa kedua-dua sistem kamera itu bertujuan untuk mendisiplinkan
pemandu, yang itu penulis amat bersetuju. Sepanjang perjalanan ke selatan dua
hari lepas memang ternyata memberi kesan.
Cuma,
yang penulis agak keciwa adalah saman dikenakan ke atas pemilik kereta
berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan bukan ke atas pemandu yang membawa
kenderaan berkenaan. Itu sahaja. Maknanya, pihak terbabit kena fikirkan pula
bagaimana ayat "Pemandu yang memandu....."
dapat direalisasikan. Ketika ini,sama ada saman ekor mahupun rakaman kamera AES
mempraktiskan "Kereta
yang bergerak dengan kelajuan........akan di saman.." Atau kita
tukar saja "frasa" pemandu...
kepada kenderaan.. macam mana?
Nak suruh kereta tu yang bayar, mana dia ada akal. Mau tidak
mahu kenalah pemiliknya juga yang membayar saman atas kesalahan yang dilakukan
oleh kereta terbabit...
Jagindas: Sensor meter
kelajuan pulak rosak dah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.