Ahad, 29 September 2013

BISNIS MELAYU KITA

Orang Lain Maju Berniaga Di Kampung Melayu


 

KELMARIN, saya menghantar kereta ke sebuah bengkel mencuci kereta kerana kenderaan itu sudah macam lori bandaraya keadaannya. Bengkel yang terletak di sebuah perkampungan melayu itu diusahakan oleh seorang India dengan dua pekerjanya adalah india juga. Mengikut ceritanya, bengkel itu asalnya adalah kedai runcit kepunyaan seorang melayu. Namun, terpaksa menutupnya berikutan tidak dapat menandingi peniaga runcit cina di kampung yangsama yang telah berpuluh tahun lebih awal berniaga di situ.
            Sebelum itu, saya diberi tahu bahawa bengkel cuci kereta itu 'tidak menang tangan' berikutan ramai pelanggan suka mendapatkan khidmatnya di situ. Dan, kebanyakan pelanggannya adalah orang melayu. Ada yang datang sejauh 20km jaraknya dari kampung itu. Ketika saya sampai, dua buah kereta sedang dibasuh. Sementera menunggu giliran itu saya sempat berbual-bual dengan pelanggan lain.
            Saya berbisik kepada seorang pelanggan mengapa orang melayu tidak boleh melakukan niaga seperti itu yang modalnya begitu mudah dan di tempat sendiri pula. Sedangkan, ramai anak kampung berkenaan yang telah mendapat pendidikan kemahiran dari Pusat Giat Mara dan pelbagai institut kemahiran lain.
            Malah, setahu saya MARA bersedia memberikan pinjaman (secara kemudahan fiskal) kepada anak muda yang mahu memulakan usaha niaga kecil seperti itu. Apa masalahanya..?
            Pelanggan itu tidak menjawab soalan saya sebalik memberikan cerita bandingan. Katanya, di kampungnya ada seorang pesara tentera membuka bengkel membaiki dan mencuci kereta tetapi hanya beroperasi beberapa bulan sahaja. Kelengkapannya cukup malah terkini.
            Menurutnya, kerja-kerja cucian kereta yang dibuat oleh pesara itu jauh lebih baik berbanding bengkel yang diusahakan orang india ini. Namun, katanya sukar untuk orang ramai sukar untuk menyokong perniagaannya kerana selain waktu berniaganya tidak menentu, kadang-kadang dalam sebulan cuma dua tiga hari sahaja bengkelnya di buka.
            Perbualan bisik-bisik kami mati di situ. Keretanya pun siap di cuci berkilat dan dia perlu segera berlalu kerana urusan bisnisnya. Daripada percakapannya itu saya mengagak dia seorang kontraktor am.
            Fikir-fikirkanlah...Baru-baru ini kerajaan telah meluluskan berbilon ringgit bagi meningkatkan taraf ekonomi orang melayu melalui pelbagai bidang. "Mampukah" orang melayu memanfaatkannya?

jagindasAda seorang lepasan institut otomobil bercita-cita nak buka bengkel baiki kereta dan moto tetapi tak nak tangan kena minyak hitam...Macam mana ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.