Jumaat, 9 Mei 2014

MANA LEBIH BAIK?

Gambar hiasan: kolam kumbahan
 Antara Air Kencing Dan Air Bekas Lombong

BEBERAPA tahun lalu Singapura menggelikan orang Malaysia apabila pemerintahnya bercadang untuk memproses / mengitar semula air kencing (kumbahan) untuk dijadikan air minuman.
            Wah, masa itu bukan main lagi orang Malaya ketawa, geli dan kesian kepada orang Singapura yang disifatkan terpaksa meminum ‘air kencing bersih’ bagi menampung keperluan air seharian mereka. Orang-orang politik di Malaysia pun secara sinis-sinis menolak bahawa Malaysia tidak akan sampai begitu sekali mengunakan air kumbahan sebagai kegunaan seharian.
            Yang jelasnya belum pun sampai 20 tahun dari tarikh Singapura menggunakan air kitar semula (new water), peringkat awal Malaysia (Selangor) sudah pun terpaksa menggunakan air bekas lombong.
            Nah, hari ini rakyat Selangor terpaksa meminum air dari bekas lombong berikutan berlaku penyejatan yang kritikal dalam sistem bekalan air di negeri itu. Menurut pakar, air takungan bekas lombong banyak mengandungi logam berat yang membahayakan kesihatan manusia dan ianya tidak semudah itu untuk diasingkan.
            Malah bagi sesetengah kolam bekas lombong sebelumhya ia pernah dicemari najis dan bangkai babi (serta lain-lain najis dan bangkai) berikutan ada pengusaha yang mengusahakan pelbagai jenis ternakan di bekas lombong itu.
           


Jagindas:  Macam mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.