YB Nasa turut bersama rombongan YAB Najib
melawat Palestin, baru-baru ini.
|
Sehingga Semalam Masih Belum
Terima Sebarang Surat
BARANGKALI, dek kerana ghairah mendengar,
ghairah melapor dan bermacam ghairah yang menggeletik kiri dan kanan, maka
ramai yang terpedaya menyangkakan bahawa saudara Nasharudin Mat Isa (Nasa),
benar-benarlah sudah dipecat daripada Ahli Majlis Syura.
Peristiwa
itu dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu. Dengan sokongan kenyataan lisan
daripada beberapa 'orang kuat' Pas pula turut menguatkan lagi kesahihan berita
itu. Barangkali juga, ramai yang sememangnya sejak kebelakangan ini menghitung
dan mengharap bahawa Nasa akan dipecat atas beberapa sikapnya yang dikatakan
telah menyongsang arus kepimpinan Pas sekarang.
Rupa-rupanya
belum sah lagi! Sehingga semalam, Nasa masih belum menerima sebarang surat pun
mengenai isu itu termasuk surat tunjuk sebab bersabit ura-ura pemecatannya itu di
sini
Maka,
benarlah kata ahli fikir terdahulu yang membuat satu bidalan: 'Jangan Pecaya Dengan Apa yang Kamu Dengar
Dan Percayalah Separuh Sahaja Dengan Apa Yang Kamu Lihat'.
Frasa tersebut adalah satu cabang laras bahasa. Jangan pula
dibaca selapis makna nanti jadi kontoversi macam Tun Mahathir sebut peribasa
Inggeris: "Lebih baik berkawan
dengan syaitan yang kamu ......."
Maknanya,
kita dinasihatkan spaya sentiasa berhati-hati apabila melihat atau menerima
sesuatu perkhabaran. Siasatlah betul-betul sebelum berhujah membuta tuli.
Nampaknya
semakin pandai pihak Pas bermain wayang sekarang. Sesuai dengan usianya yang
semakin 'matang'. Baguslah. Agaknya, dengan cetusan itu, Pas berharap Nasa akan
terlatah beruk. Rupa-rupanya tidak. Beliau steady
saja dan tetap berdiri atas kapasitinya sebagai pejuang Islam yang tidak berupa-rupa! Nasa, tidaklah semacam Nik
Aziz apabila dicadangkan bersara dari politik. Meraban habis orang tua tu!
Kalau sememangnya benar Pas mahu memecat Nasa, dan kalaulah
memang Pas bersikap jujur terhadap partinya sendiri, buatlah satu alasan yang
telus akan sebab mursabab Nasa di pecat.
Ini
kerana, sebab-sebab seperti Nasa yang didakwa kerap tidak hadir mesyuarat dilihat
tidak begitu relevan berikutan kata pemerhati dalaman Pas, ramai lagi yang
berbuat demikian. Dan, jika itu dijadikan sebab utama, maka sudah tentulah
ramai lagi yang menerima nasib yang sama macam Nasa. Jadi, siapa lagi yang
tinggal?
Sebagai
sebuah parti yang mendakwa berteras dan berlunaskan hukum-hukum Islam, Pas
sewajarnya berterus terang, telus, jujur dan ikhlas mengakui bahawa sebab utama
Nasa dipecat adalah kerana sikapnya (Nasa) yang semakin mesra alam dengan konsep dan prinsip perjuangan Islam yang dijana
oleh Umno berbanding Pas.
Selain
itu, Nasa juga dilihat beberapa kali telah menyanggah kenyataan dan keputusan
pihak atasannya bahkan kupasan Nasa itu didapati ada keserasaian dengan
suara-suara Umno.
Ada
berani?
Jagindas: Mana
berani....?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.