Khamis, 21 Jun 2012

BELIA, AYUH KITA BERTANI!


Hari ini saya masih lagi terkenangkan Dato'  Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Asas Tani Malaysia. Barangkali saya berasal dari keluarga petani marhain, maka orang-orang yang berkaitan pertanian ni selalu menjadi perhatian saya.

Bukan Noh saja, Dato' Sri Sanusi Junid dulupun saya suka. Apa khabar agaknya dia sekarang ye?

Kalau tidak silap saya, tahun lepas Noh ada menegur agensi pertanian kerana didakwanya tidak menghabiskan dana yang sepatutnya disalurkan kepada golongan petani atau rakyat amnya yang berminat memajukan diri mereka dalam bidang pertanian.

Kemudian, akhbar baru-baru ini pula beliau mengabarkan kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan belia memajukan diri mereka dalam bidang pertanian sekaligus menjadikan pertanian sebagai kerjaya diri.

Terima kasih Dato' dan syabaslah kerana terus memikir dan mencari jalan supaya lebih ramai rakyat negara ini terutama kaum belia akan menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan dan seterusnya menterjemahkan negara ini sebagai sebuah negara yang terus maju dalam bidang berkenaan di samping mencemerlangkan lain-lain bidang ekonominya.

Tapi Dato', daripada pengalaman dan penceritaan rakan-rakan, tidaklah semudah itu untuk mendapatkan dana (pinjaman) seperti yang disediakan kerajaan. Terlalu banyak birokrasi sehingga ada yang fed-up untuk berurusan dengan agensi terbabit, misalnya AgroBank.

Tanah ada, tanah sendiri. Kertas kerja dan borang lengkap (Nak pinjam RM30k pun borangnya macam nak pinjam RM10juta). Jaminan bayar jelas dan pasti. Pun tak lulus juga. Itu belum minta 100% kos kemenjadian projek. Permohonan sekitar 60 ke 70 peratus dari kos kesluruhan. Bermakna, pemohon bukanlah kosong semata.

Kekadang pemohon yang menyamar dengan pelbagai kreativiti kertas kerja dan lambung-lambungan sembang pulak yang itu dipercayai oleh pihak berkenaan. Padahal, bila dah lulus pinjaman, habuk pun tak ada!

Itu kata mereka yang pernah berurusan dengan agensi terbabit. Betulkah tidak, wallah huallam.

Agaknya itulah sebab dana tersebut tidak dapat dihabiskan atau sampai ke sasaran sepenuhnya.

Jadi Dato', menjadi tanda tanya dan musykil kepada mereka yang pernah kecewa dengan karenah birokrasi ini adalah bukan masalah lulus atau tidak tetapi mereka tertanya-tanya "orang macam mana agaknya yang boleh mendapatkan dana ini" ?

Pengalaman saya pulak, yang senang dapat malah prosesnya paling lewat seminggu akan lulus adalah pembiayaan peribadi (asal cukup syarat dan laporan ctos meyakinkan). Namun, sasaran skim ini bukan petani marhain tetapi golongan orang makan gaji atau berpendapatan tetap.

Dato' kena faham banyak orang "kita" ada tanah tapi tak ada modal nak memajukan tanah tersebut. Kalau golongan belia pulak, berapa kerat belia yang ada tanah sendiri. Kalau adapun mungkin tanah mak bapak dia. Itu satu hal, kalau mak bapak dia bagipun tanah tersebut golongan ini juga tak ada modal.

Begitu juga alasan yang mengatakan seseorang itu mesti memulakan dulu usahanya sehingga menjadi, barulah mudah kemudahan tersebut diluluskan oleh pihak berkenaan.

Itulah yang saya sebut dalam blogg ini sebelum ini, kalau mak bapak dia bagi modal sekalipun, tapi nak dapatkan lesen sementara (TOL) mengusahakan tanah pun memakan masa bertahun-tahun, bilakah masanya belia kita nak berminat ke arah itu.

Demikian juga kalau mak bapak dia bagi usahakan tanah seluas 2 hektar misalnya yang dipenuhi hutan banat, tetapi dia dan keluarganya tidak mempunyai modal yang cukup selesa bolehkah hutan dan pemulihan tanah tersebut dilakukan dengan air lior sahaja?

Jelasnya, kalau syarat seperti ini masih relevan dan kekal dalam pengurusan agensi berkaitan, alamatnya hanya yang berkemampuan akan terus dibantu manakala yang "kosong tangan" hanya sekadar mendapat cerita keindahan syurga!

Bukankah hasrat kita hendak menjadikan mereka ini dari kosong kepada bernombor dan kais pagi makan pagi kepada seorang petani yang gah dan berani?


Jagindas:  .. masa masih makan gaji dulu pernah buat pinjaman peribadi dengan AgroBank sebanyak RM10k, lulus dalam masa tiga hari, pelan-pelan bayar selama lima tahun, hehehe mudah jer!

1 ulasan:

  1. marhaenmatruzi@yahoo.com.my21 Jun 2012, 5:19:00 PTG

    terlalu sedikit kakitangan berkaitan pertanian waima kerajaan mahupun bank yang tulus iklas menjalankan tanggungjawab untuk membantu golongan petani atau mereka yang menceburkan diri dalam pertanian. kebanyakannya mengharapkan sesuatu daripada petani marhaen. jadi yang sering mendapat bantuan beratus ribu ada golongan peniaga tani bukan petani kerana mereka mudah dapat habuan daripada golongan ini. errrmm? barangkali mungkin...?

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.