Sabtu, 17 Ogos 2013

POLIS KESAL SIKAP SAKSI

Enggan Beri Kerjasama Salur Maklumat

DALAM satu kenyataan semalam, Ketua Polis Perak (gambar), Datuk Mohd. Shukri Dahalan, kesal kerana ramai kalangan saksi kejadian jenayah enggan memberikan kerjasama dengan polis bagi memudahkan pihaknya menyelesaikan kes-kes tersebut.
            Dakwanya, masih terdapat saksi yang betul-betul menyaksikan beberapa kes jenayah atau mereka yang mempunyai maklumat mengenainya enggan berkerjasama atau menyalurkan maklumat yang mereka ada kepada pihak polis. Sekali gus, katanya tindakan orang ramai itu telah menyukarkan tugas polis untuk menyiasat atau menyelesaikan kes tersebut dengan segera. Berita penuh di sini.
            Mesti ada sebabnya...


Jagindas: Bagi penulis, kekesalan seperti ini sewajarnya tidak perlu menjadi kenyataan akhbar atau pengetahuan umum sebaliknya polis kena fikirkan isu ini secara positif serta ilmiah mengapa saksi atau orang ramai bertindak begitu...Dengan kata lain, fikirkan bagaimana untuk menjadikan saksi 'bersenang hati' memberikan kerjasama dengan polis..Kerana, pada masa sama, masyarakat mendesak polis supaya kes-kes tersebut diselesaikan segera sedabgkan polis pula perlukan maklumat yang lengkap dan tepat dengan cepat jika ia mahu diselesaikan dengan segera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.