Penduduk kampung digalakkan supaya mengusahakan setiap
inci tanah mereka secara maksima dengan tanaman sayur-syuran dan seumpamanya.
Paling tidak ia boleh membantu meringankan perbelanjaan harian selain boleh
dijadikan sumber pendapatan sampingan keluarga.
Namun, hakikatnya rata-rata mereka yang mengusahakan tanaman sayuran-sayuran dan
ternakan secara kecil-kecil masih tidak dapat menggantung sumber pendapatan
mereka pada bidang itu kalau tidak di tampong oleh kerja-kerja lain.
Golongan mereka ini adalah yang mengusahakan tanah
sekangkang kera di belakang-belakang rumah yang luasnya adakalanya tak sampai
seekarpun.
Ini kerana, kos mengusahakan tanaman dan ternakan
secara kecil-kecilan atau pertanian sambilan
sekarang ini begitu tinggi – khususnya kos baja, racun dan makanan
ternakan. Selain itu tidak seperti padi, nasib sayuran dan ternakan belaan bergantung
kepada pasaran semasa dan mainan
orang tengah.
Walaupun FAMA dikatakan turut membantu dalam soal pemasaran
hasil, namun jika berlaku lambakan disebabkan ramai petani mengusahakan tanaman
atu ternakan yang sama, FAMA juga menghadapi masalah. Manakala, pemborong di
pasar-pasar atau peraih tempatan pula selalu bermain dengan harga. Al-maklum,
pemborong-pemborong kebanyakkannya orang cina manakala pekebun marhain pula
rata-rata adalah orang melayu.
Di hujung-hujungnya, petani akan meragan sendiri.
Tolak campur darab bahagi, petani rugi! Maka
tidak hairanlah kelihatan orang melayu khsususnya di kampong-kampung dikatakan
malas berusaha. Namun tidak dinafikan juga ada sesetengahnya memang pemalas
pun!
Lantas, suri rumah hanya berkhidmat sebagai isteri
sepenuh masa tidak dapat membantu suami dalam usaha menambah pendapatan
keluarga. Justeru, apabila masalah ini diketengahkan dalam sembang-sembang petang
kami, maka terpaculkan pelbagai pandangan yang saya rasa tidak boleh dipandang
remeh oleh pihak atasan, terutama pak menteri dan agensi yang berkenaan.
Antara yang cadangkan mereka adalah:
1. Petani terbabit perlu dibuat
bancian jumlahnya dan didaftarkan mengikut kategori usaha mereka serta had
maksima dan minima keluasan kebun / ladang yang hendak diusahakan – tanaman
sayuran, kontan atau ternakan seperti ayam dan itik.
2. Mereka juga perlu diberikan
subsidi benih, baja, racun dan makanan ternakan kerana kos yang tinggi bagi
bahan-bahan tersebut mendorong mereka tidak berhasrat melakukan aktiviti
pertanian sambilan tersebut berikutan permainan harga di pasaran.
Sebagai contoh, ternakan
ayam daging untuk 1,000 ekor untuk satu-satu pusingan sebenarnya mampu
memberikan pulangan pendapatan tambahan kepada pengusaha kecil-kecilan ini
namun kos makanan yang tinggi menyebabkan usaha tersebut mengalami kerugian.
Dalam kes ini, saya teringat seorang sahabat yang telah
menghabiskan kira-kira RM10,000 untuk
projek menternak 1,000 ekor ayam kampong kacukan. Spesifikasi projek
tersebut juga mendapat pengiktirafan jabatan veterina kerana telah mengikut spec yang ditetapkan. Ternakan juga
hidup subur.
Mengikut perkiraan atas kertas selepas 65 hari projek
tersebut boleh menyumbang menambah pendapatan keluarganya. Tolak kos itu ini,
pendapatan bersih untuk tempoh itu boleh cecah RM4,000. Sebagai usaha sampingan
orang kampung, jumlah itu kira sudah cukup baik.
Namun, dengan kos makanan ayam yang tinggi dan disiksakan
lagi dengan permainan harga oleh pihak pemborong dan taukeh pasar, maka dia
terpaksa melelong ayam-ayam ternakannya bagi mengelakkan kerugian yang lebih
besar. Hanya sekali pusingan, rebanpun tutup! Mukhlisinn! Hancur, musnah, punah-
ranah!
Begitupun, dia masih belum berputus asa...Syabas
saudara!
Jagindas: aduhai apalah malangnya nasib, ku tanam padi yang tumbuhnya lalang.....
Berbaliklah kepada Qada & Qadar ! Tak ada rezekilah tu tetapi jangan asyik salahkan takdir !
BalasPadam