Selepas subuh semalam saya dan isteri pergi ke Kuala
Lumpur kerana menghadiri kenduri kahwin anak kenalan baik saya di Masjid Al Hidayah Taman Melawati. Tengah malam, tepat
am satu pagi kereta masuk garaj rumah setelah hampir sebelas jam menghabiskan
masa di perjalanan dan di majlis kenduri itu.
Penat,
memang penat. Letih, dan pagi ini pun masih mengantuk lagi. Namun, saya dan
isteri seronok serta puas dapat bersama-sama meraikan majlis kenalan saya itu.
Tidak
ada apa yang menarik atau luar biasa sepanjang peristiwa itu. Biasalah, dari
masa ke semasa majlis kenduri akan menempuh zaman reformasinya. Bandingkan
zaman dulu-dulu dengan sekarang macam-macam pengisian dibuat bagi memeriahkan
majlis. Yang hadir ingin merasakan nikmat kenduri, yang berkenduri ingin
memberikan kepuasan kepada jemputan.
Niat
jurunikah untuk mengambil perhatian pengantin lelaki agar tidak gabra semasa
diakad nikah dengan berceloteh agama dan nasihat sebelum memulakan proses
pernikahan patut dipuji. Ada tindakbalas psikologi.
Namun
begitu, saya dapati terlalu pulak panjang
lebar celotehnya sehingga membuatkan bukan sahaja pengantin malah pengiring-pengiring
pengantin kiri dan kanan pun naik muak.
Dalam
celotehnya, antara lain imam tu kata selepas akad nikah, akan dibuat majlis
tahlil (atas permintaan keluarga) kemudian semua yang hadir diminta bersama-sama
sembahyang zohor. Selepas sembahyang barulah makan.
Jelas.
Sebaik sahaja selepas majlis akad,
solawat dan tahlil, saya yang juujur menantikan waktu zohor kira-kira sejam
lagi, mendapati tok imam dan rakannya dah pun berada di meja makan dengan
sepinggan nasi berserta lauk pauk masing-masing...!
Jagindas: Kedua-dua
pengantin ceria dan gumbira, tapi bapak pengantin lelaki saya lihat gabra semacam. Dahi berkerut-kerut....hehehe,
tahniah dan syukurlah segalanya telah selamat dan selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.