BANTULAH ETNIK ROHINGYA MUSLIM INI...
Yang kita tahu,
sebahagian besar mereka beragama Islam. Mereka adalah kumpulan etnik di negara Myanmar
yang majoriti rakyatnya adalah beragama Budha. Pemerintah Myanmar tidak mengaku
etnik Rohingya sebagai rakyat negaranya dan dianggap sebagai pelarian.
Yang jelas hanya kerana mereka dari
kumpulan kecil dan beragama Islam. Mereka di seksa, dirogol dan dibunuh. Rumah
dan harta mereka dibakar. Guru aagama dan imam di seksa dan dibunuh!
Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) telah cuba melindungi mereka namun itu tidak
menghalang pihak berkuasa Myanmar terus membaham etnik tersebut.
Meraka juga
tidak diterima oleh negara jirannya, Bangladesh. Kitapun faham, meskipun
bangladesh negara Islam, namun negaranya juga adalah miskin. Bangladesh juga
perlu memikirkan hal ehwal rakyatnya terlebih dahulu sebelum membantu pihak
lain.
Tambah malang,
tidak ada satupun negara ketiga sanggup menerima pelarian Rohingya ini sejak
sekian lama mereka dibegitukan. Kononnya, usaha UNCHR sudah sehabis daya untuk
mempengaruhi pihak ketiga namun masih belum berjaya.
Tiada makanan, tiada tempat tinggal
yang selesa, tiada kemudahan untuk beribadat. Itulah keadaan mereka. Siang
bermandikan mentari, malam beratapkan langit berselimutkan embun! Kanak-kanak
kehilangan kasih sayang dan keperluan asas hidup. Semuanya kerana mereka etnik
beragama Islam.
Saudara-saudaraku, betapa bertuahnya
kita di Malaysia ini. Mengapa kesombongan masih menghantui kita? Subahanallah..
Jagindas: Dalam masa-masa terluang, jika
terlintas dibenak masing-masing nasib etnik ini, mohon doakan agar Tuhan
menyelamatkan mereka. Tiada terdaya kita melainkan atas kehendakNya jua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.