Jumaat, 7 September 2012

KES ROGOL BAWAH UMUR


HUKUMAN RINGAN KERANA TEKNIKAL?

GAMBAR HIASAN
RAMAI terbeliak biji mata dan terlopong mulut apabila sebuah mahkamah menjatuhi hukuman yang disifatkan ringan terhadap perogol yangmerogol gadis bawah umur. di sini dan  di sini
            Isu itu timbul apabila mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. di sini
                Saya juga turut melontarkan isu ini kepada rakan-rakan bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap kaedah penyiasatan dan sistem kehakiman di negara ini. Bukan untuk mencerca sistem berkenaan jauh sekali untuk tidak menghomati kebijaksanaan pegawai-pegawai penyiasat serta apa-apa juga keputusan yang dibuat oleh hakim terhadap satu-satu kes yang dibicarakan.
            Seorang rakan berkata, kehakiman bergantung kepada bukti-bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwa yang selalunya disediakan oleh pegawai penyiasat. Menurutnya jika pendakwa  gagal menjelaskan kepada mahkamah bukti kukuh bagi mensabitkan kes, maka hakim akan memutuskan sama ada yang didakwa akan dilepaskan, dibebaskan atau menukar dakwaan kepada hukuman yang lebih ringan tetapi relevan dengan pendakwaan. Makna kata, masalah teknikal membolehkan seseorang pesalah itu dihukum lebih ringan daripada sepatut yang diterimanya.


            Maka, di sanggah oleh rakan yang lain, jika itulah sebabnya mengapa pihak penyiasat gagal menyediakan bukti-bukti kukuh dari sekecil-kecil bahan hingga kepada sebesarnya yang tepat dan logik bagi memastikan pelaku benar-benar mendapat hukuman setimpal?
            "Bukan kes pertama malah pegawai penyiasat juga sudah biasa dengan kes-kes seumpama itu. Mengapa pula masih gagal menyediakan bukti-bukti tersabit ketika menyiasat dan mengumpulkan barang bukti?
            "Malah, mahkamah sepatutnya boleh menegur pihak pendakwa untuk melengkapkan kertas siasatan dan bahan-bahan bukti  jika merasakan ada kes untuk didakwa namun masih longgar daripada bahan bukti atau teknikal,"katanya.
            Ada logiknya pandangan mereka itu meskipun kami bukannya dalam golongan pengamal undang-undang. Namun, pemikiran logik adakalanya munasabah juga. Barangkali atas dasar itulah juga yang menyebabkan khalayak terperanjat dengan keputusan sedemikian.
            Apapun, sebenarnya kita tidak mahu hanya dengan masalah teknikal sebegini sistem kehakiman kita akan dipandang serong oleh masyarakat bahkan turut menjejaskan nama baik polis yang bertanggungjawab menyediakan kertas siasatan serta bahan-bahan bukti.
            Justeru, beberapa cadangan balas turut dilontarkan kalau mungkin ia boleh digunakan pakai oleh sistem perundangan di negara ini:
            1.         Mangsa perlu mendapatkan khidmat kaunseling dimana unit berkenaan akan turut                      memberitahu mangsa atau waris mangsa apa-apa keperluan yang mesti adalah ketika kes dibawa ke mahkamah. Dalam soal ini, mangsa / waris mangsa boleh menyemak apa-apa yang terkandung dalam kertas siasatan serta bahan-bahan yang disediakan oleh pihak pendakwa.

2.         Satu garispanduan umum bagi kes-kes seumpama itu perlu dijadikan pengetahuan umum bagi memudahkan membantu pihak penyiasat   mengumpulkan bukti-bukti. Misalnya, lokasi tepat, seluar dalam, pakaian, tilam, kain, kenderaan dan sebagainya.

3.         Bagi mangsa / waris yang tidak berkemampuan hendaklah secara automatis mendapatkan       khidmat guaman percuma (biro bantuan guaman) dan peguam terbabit hendaklah bersama-sama pihak pendakwa (polis) memastikan tiada masalah teknikal yang akan wujud di mahkamah nanti.

4.         Mangsa / waris mangsa boleh meminta pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah   Malaysia (SPRM) memantau perjalanan kes jika benar-benar mangsa teraniaya tetapi bimbang tidak mendapat pembelaan sewajarnya hanya disebabkan masalah teknikal.


Jagindas:  itu pendapat orang yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang undang-undang! Kalau tak betul jangalah marah...


4 ulasan:

  1. undang undang boleh diubah.harap pesalah kes rogol diberi hukuman yang berat dan tetap Tanpa kompromi. kerana dalam kes rogol melibat individu Dan keluarga yg akan menjadi mangsa. mangsa rogol yg Tampa rela ibarat jiwa nya dibunuh akan mengalami trauma Dan memori seperti itu bulan mudah untuk dilupakan. Cuba anda bayangkan jika anda menjadi mangsanya! bangaimana dengan keluarga anda! bangaimana untuk menghadapi saudara Dan jiran2 terdekat yang sudah tahu perihal tersebut. harap kerajaan tukarkan hukuman rogol dengan sebatan yg lebih tinggi,minimum penjara 30tahun tanpa boleh diubah lagi,Tanpa ikat jamin,atas hukuman gantung sampai mati.kerana perogol ibarat pembunuh jiwa mangsa dan keluarga.

    BalasPadam
  2. hari ini saya tengok berita tv,pesalah kes rogol didapati bersalah perogol budak umur 12tahun menjadi mangsa rogol,si perogol hanya dikenakan penjara 12bulan,dan 4 sebatan. adil ke hukuman seperti ini! sedangkan si mangsa dilaporkan mengalami koyak yang teruk dikemaluannya serta disahkan mengandung kerana peristiwa itu! tak dapat bayangkan betapa peritnya derita hidup si mangsa itu pada masa-masa akan datang. pasti trauma,bagaimana dengan masa depannya! keluarganya! kerana hukuman terlalu ringan Dan boleh diringankan sesuka hati,tak hairanlan semakin hari semakin banyak kedengaran kes rogol terjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Allah... sedihnya...
      ya Allah, kepada-Mu kami memohon perlindungan dan berserah diri... Berilah perlindungan kepada kami dan keluarga kami ya Allah...

      Padam
  3. saya sonkong hukuman di beratkan. Saya salah satu ali keluarga ygn anak saya juga di rogol oleh pakciknya semasa saya dan isteri saya kerja diluar negara.Bila saya diberitahu oleh anak saya semasa dia jagaan neneknya iaitu isteri ibunya. saya terperanjat besar dan rasakan kenapa jadi begitu pada org ygn saya harapkan. Kata bahasa harapkan pagar,pagar makan padi(harapkan tin biscuit tin biscuit makan biscuit. Satu lagi ygn amat pedih dihati saya dan isteri saya neneknya sanggup bela menantunya sedangkan tak tahu besa apa itu rogol atau itu lelaki hanya menantu pada anak permpunnya. Saya sendiri tak faham apa manusia ini ygn tak kenang budi pada saya ygn banyak tanggung makan minum dan bena rumahnya semata-mata kerana hutang budi kerana jaga anak saya dari kecil, oleh kerana takut malu sangup kata anak saya bohong dan sangup ali keluarga sana bela sirogol itu dan buat dia boleh bohong kerana dapat kuasa dari si isteri ygn percayai suami tapi tak percaya anak buahnya. pendapat saya kanak2 tak bohong sampai berani masuk mahkamah untuk keadilan,ygn bodoh sirogol itu tidak tahu keputusan mahkamah nanti. Kita doakan mahkamah tak akan lepaskannya kerana tidak megaku. harap bayang sirogol itu sentiasa ikuti si rogol itu dah tak lepas dari keadilan negara

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.