Pembangkang Dijangka Serang Isu 'Pribadi' Calon Barisan Nasional
|
SEMANGAT... Salah satu suasana sempena penamaan calon sebentar tadi
(gambar ihsan Utusan Malaysia)
JAM 10.00 pagi tadi, selesailah
proses penamaan calon di semua pusat-pusat penamaan calon di seluruh negera. Yang
jelasnya, esok dapatkanlah akhbar-akhbar tempatan bagi melihat senarai
keseluruhan calon-calon yang bertanding pada Pilihanraya Ke 13 (PRU13) ini.
Setakat ini tiada yang menang tanpa tanding. Seorang calaon pun tidak ada yang
'foul' ketika mengisi borang penamaan mereka. Namun, ada kawasan yang
berhadapan dengan enam penjuru apabila ramai calon bebas menawarkan diri
bertanding.
Bahkan,
ada kawasan di mana Pas dan PKR atau DAP berentap 'sesama' sendiri. Sebenarnya,
tidak ada apa yang pelik kerana perkataan Pakatan Rakyat (PR) hanyalah pakatan
'friendly' atau atas dasar persefahaman sahaja. Di mana ia bukanlah terdaftar secara
rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN). Justeru, selagi ia belum diiktiraf
sebagai sebuah parti bergabung yang sah, maka di mana-mana pun dan dalam pilihanraya
apapun, ketiga-tiga mereka boleh bertanding serentak di satu tempat yang sama.
PRU
kali ini bukan sahaja paling getir buat BN dan Umno khususnya tetapi juga satu
pilihanraya yang penuh dengan kekeliruan yang mempengaruhi minda pengundi. Ramai
0rang-orang yang keciwa dengan parti yang mereka dokong sebelum ini seperti Umno,
PKR, Pas dan DAP telah memilih bertanding atas tiket Bebas. Setakat semalam,
katanya masing-masing akan mendedahkan 'tembelang' lawan. SPR dan anggota
keselamatan tentunya tak tidur malam bagi memastikan tidak ada kempen yang 'foul'.
Ibarat main bola, tugas linesman dan refere nampaknya semakin mencabar dan
tercabar. Tidak seperti PRU yang lalu-lalu....
Sebab
itu, pengundi kena faham dan mesti bijak memilih parti mana yang tidak akan
menimbulkan masalah apabila menjuarai pilihanraya. Jawabnya mudah sahaja iaitu
BN. Kerana sebutan BN itu sah di sisi undang-undang dan selama lebih 50 tahun
memerintah ia sentiasa mementingkan kebajikan rakyatnya. Dengan kata lain ia
adalah sebuah kerajaan yang tahu hak dan kuasa rakyat.
Membicarakan
keburukan, kesilapan dan kelemahan seseorang atau sesebah parti tidak akan ada
penamatnya. Semua orang berbuat salah. Tiada satu pun yang maksum (terpelihara)
melainkan Nabi (saw). Baginda sahaja yang Allah janjikan terpelihara daripada
segala-galanya. Justeru, pertimbangkan kita mudah sahaja iaitu, yang mana
antara yang bersalahan itu terlalu sedikit salahnya. Alaa.. orang putih kata
pilihlah 'the best among the worst'.
Macam mana nak kenal? Senang sahaja, mana-mana kerajaan yang telah banyak memeberikan
kemudahan kepada kita maka itulah yang terbaik dipilih.
Untuk
sementara ini, lupakanlah soal-soal ada calon-calon yang tidak kena atau
tuan-tuan 'getik' melihatnya. Pangkah BN dulu dan selepas memenangi PRU ini
nanti di tangan tuan-tuanlah untuk mengajarmuka-muka yang tuan-tuan 'meluat'
tengok itu. Ingat, YB bukan bos, dia
adalah wakil kita. Bermakna dia adalah orang perantara antara rakyat kepada
kerajaan. Siapa bos sebenar? KITAlah siapa lagi....
Jgindas: Selamat berkempen. Tapi kalau tak pandai nak bercakap atau
semakin bercakap semakin orang benci, lebih baik diam dan lontarkan senyuman
saja. Lagi baik kalau duduk sahaja di rumah, orang pun tak sakit hati.....
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.