Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA l


CERITA 1:  Cheng Peng Halimunan?
Ching Peng

Masa itu saya sedang minum di sebuah kantin. Peristiwa ini berlaku kira-kira 33 tahun lalu di  Bruas, Perak.
            Dihadapan saya seorang guru berbangsa cina. Peramah orangnya dan itu adalah kali pertama saya bertemunya. Ketika berbual-bual sambil menatap wajahnya, saya teringat seseorang yang ada tercatat dalam sejarah Parti Komunis Malaya (PKM). Lalu saya dengan maaf bertanya, adakah dia mempunyai pertalian dengan Ching Peng.
            Dia tersenyum dan memberitahu saya bahawa Cheng Peng adalah abang kandungnya. Itulah pengakuan, adik kepada Cheng Peng, Cikgu Ong Boon Chuan, seorang guru dan kini sudah bersara dan menetap di Batu Gajah.
            Lama kami bersembang. Macam-macam yang saya tanya mengenai abangnya dan beliau tidak mengelak untuk menjawabnya. Dalam banyak-banyak siri cerita itu, saya tertarik dengan cerita bagaimana dia pernah diminta abangnya menyediakan bekalan makanan untuk di bawa ke hutan di kawasan Hulu Perak. Menurutnya, peristiwa itu berlaku sekitar tahun 50an dan berakhir pada tahun1970an. Bukan sekali malah berulang kali.
            Katanya, setelah menyediakan semua barang keperluan yang dikehendaki, dia memaklumkan kepada pihak polis akan tarikh dan masa di mana abangnya akan datang mengambil barang-barang tersebut. Biasanya lokasi pengambilan berlaku di Sitiawan Perak dan antara masa dini hari atau pukul 3 - 4 pagi.
            "Sebelum  Ching Peng datang, polis dan anggota keselamatan sudah mengepung kawasan berkenaan. Apabila lori sampai, mereka melihat Ching Peng dan rakan-rakannya memuatkan barangan yang dipesan ke lori"
            "Setelah selesai, lori pun beredar dan setelah lori hilang dari pandangan, barulah masing-masing terpinga-pinga malah ketika itulah baru anggota keselamatan tadi merasa kehairanan sesama sendiri mengapa tindakan menangkap Ching Peng dan Che Dat tidak diambil sedari tadi", katanya.
            Menurut Boon Chuan, begitulah keadaannya setiap kali abangnya datang ke Sitiawan bagi mengambil bekalan stok makanan untuk di bawa ke hutan.
           

Jagindas:    sebelum itu, daripada cerita orang tua-tua ada juga saya dengar Che Dat, Cheng Peng dan orang-orang kanannya memang sukar ditangkap walaupun sudah berada di depan mata!


nota:  CATATAN PERISTIWA INI MENYEDIAKAN BEBERAPA SIRI CERITA HASIL PENEMUAN SAYA SENDIRI. PASTIKAN ANDA MENGIKUTINYA DARI SIRI CERITA 1 HINGGA AKHIR 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.