Rabu, 4 Julai 2012


IJAZAH TIPU USM:   SINDIKET DAN PEMBELI PERLU DIKENAKAN TINDAKAN SAMA

RAKYAT MALAYSIA kini  bagaikan begitu terdesak untuk hidup dan mencari ruang untuk dipercayai oleh masyarakat umum sehingga sanggup memiliki ijazah palsu yang hanya boleh diperolehi dengan nilai kurang RM5,000 untuk setiap sekeping ijazah.
            Syabas kepada pihak Universiti Sains Malaysia (USM) yang berjaya mengesan aktiviti sindiket berkenaan dan kita amat berharap pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan dengan kadar segera kepada mereka yang terbabit.
            Malah, tindakan undang-undang juga perlu dikenakan kepada pemilik ijazah palsu berkenaan kerana mereka bukan sahaja telah bersubahat sebagai  penggalak  berlakunya aktiviti tersebut bahkan mereka juga adalah secara sedar menyokong aktiviti haram itu semata-semata untuk kepentingan peribadi tanpa mengambilkira kesan buruknya kepada orang ramai.
            Dalam Islam, mereka yang melihat orang berjudi adalah sama dosanya dengan orang yang bermain judi.
            Secara peribadi, dalam kes ini saya berpendapat tidak ada sesiapapun yang ditipu atau tertipu. Ini kerana, pihak yang berhajat besar untuk memiliki sesuatu ijazah sebenarnya dengan sedar proses pemilikan itu adalah bersalahan dengan undang-undang.
            Sehubungan itu, kedua-dua pihak yang menjual dan yang membeli hendaklah dikenakan tindakan yang serupa supaya pada masa akan datang kerja-kerja haram seperti itu tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya di nagara ini.
            Sebagai contoh, orang yang memiliki, membeli dan menjual barangan curi sama-sama boleh dikenakan tindakan undang-undang jika sabit kesalahannya berikutan sifat diantara mereka terbabit adalah saling bersubahat.
            Selain itu, tindakan mereka itu turut membahayakan orang ramai. Bayangkan jika seseorang memiliki ijazah farmasi atau perubatan yang dibeli dan seterusnya dengan kepercayan palsu itu mereka membuka perniagaan sendiri. Apa akan jadi kepada rakyat pengguna? Sebab itu, kes ini hendaklah dipandang berat oleh kerajaan.
            Selain polis yang akan mengambil tindakan terhadap kes berekenaan, USM juga seharusnya turut menuntut tindakan undang-undang dari sudut lain iaitu khusus kepada sindiket kerana menipu atau meniru patern serta mempernaiagakan hakcipta tersebut, iaitu sijil atau ijazah dengan niat mendapatkan keuntungan sehingga menyebabkan orang awam terpedaya.
            Saya percaya, dengan tindakan undang-undang secara bertindih atau berasingan itu mampu menghalang niat rakyat di negara ini mahupun negara luar untuk melakukan aktiviti seperti itu pada masa akan datang berikutan salahlaku itu memberikan kesan yang buruk kepada orang ramai dan negara.


JagindasHaram Jadah betul! Tak habis-habis nak menyusahkan orang ramai dan kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.