Rabu, 18 Julai 2012

O..SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS):


SYABAS Kena Belajar Lagi Dengan Khalid

AGAKNYA rakyat Singapura ketika ini, sambil meneguk coca-cola, teh atau kopi mahupun beberapa cangkir bir, dengan senyum barangkali juga sedang berdekah-dekah ketawa sesama mereka apabila membaca berita Selangor menghadapi krisis air bersih.
            Apalagi, mungkin dalam setahun dua ini jika kerajaan Selangor tidak bertindak segera, maka rakyatnya mungkin "kehausan". Pelbagai industeri, kedai makan, restoran dan kilang-kilang bahan makanan mungkin akan ditutup sebab tidak ada air bersih secukupnya untuk menjalankan kegiatan itu. Tiada kereta di jalan raya kerana dikhuatiri injin akan kepanasan Dahsyatnya!
            Kalaupun pihak kilang dan industeri terpaksa memperoses air sendiri untuk kegunaan masing-masing maka sudah tentulah harga barangan yang dihasilkan akan menjadi mahal.
            Kalaulah sebarang mungkin benar-benar rakyat Singapura, terutama pemimpin-pemimpinnya sedang mentertawakan Malaysia khususnya Selangor kerana gagal memulihkan masalah air bersih di negeri itu, sebenarnya Singapura memang berhak berbuat demikian.
            Ini kerana, ia adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sumber bekalan air bersih yang mencukupi namun tidak pernah mengalami masalah tersebut berikutan kebijaksanaan pemimpinnya menjaga keperluan asas rakyatnya untuk hidup. Rakyat didahulukan!
            Tidak seperti di Selangor, masalah air dianggap tidak serius pemiminnya sebaliknya isu ini dijangka mampu menambahkan lagi sokongan rakyat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang (PRU13).
            Khalid Ibrahim adalah antara cendikiawan yang berjaya menjadikan isu air  sebagai aset untuk memastikan PR terus menguasai Selangor. Khalid adalah orang koperat yang berjaya. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja ramai yang tersasul sebut Khalid seorang keparat.
            Syabas dan tahniah kepada anda dan seluruh juak-juak anda sekelian. Syabas juga kepada rakyat Selangor. Dan, kepada SYABAS (syarikat bekalan air selangor), anda adalah syarikat paling malang dan masih bodoh dalam sejarah pengurusan air Selangor. Oleh itu tutuplah kedai dan belajar lagi dengan Khalid Ibrahim yang berpengalaman luas.
             
Jagindas:      bercadang pergi ke Singapura nak belajar projek guna semula air kecing sebagai air minuman 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.