Jangan Perasan Macam Bagus-Bagus !
Di
sebuah bandar, ada seorang bujang begelar Datuk. Kaya raya orangnya. Rumah
besar, kereta besar, gedung besar. Pendek kata semuanya besar dan gah! Dia punya
seorang gaji perempuan yang menjaga makan minumnya, kira muda juga lah.
Suatu
malam dia balik lewat kira-kira pukul 4 pagi. Pagi itu dia tergopoh gapah kerana
terbangun lewat. Dia ada temujanji dengan menteri pukul 10 pagi. Setelah
bersiap-siap, sepantas kilat dia turun dari bilikya ke ruang sarapan dimana
orang gajinya sedang menunggu untuk melayannya.
Dek
kerana terlalu tergopoh gapah, Datuk tadi terlupa nak menutup zip seluarnya. Satu
perangai Datuk ni, dia tak suka pakai sepender. Sesampai sahaja di ruang
sarapan, dia terus duduk dan orang gajinya terus menghampiri untuk menuangkan
air teh. Lalu, dia terpandangkan sesuatu yang memalukannya. Namun, demi menjaga
maruah majikannya, maka orang gaji itu pun pura-pura bertanya:
Orang Gaji: (sambil termalu-malu)
Maafkan
saya Datuk, boleh saya bertanya satu soalan?
Datuk: Oh,
tak apa, tanyalah.
Orang Gaji: Adakah
Datuk terlupa menutup garaj kereta malam tadi?
Datuk: (sambil memandang orang gajinya)
Tidak
pulak. Saya rasa saya dah tutup garaj
itu, mengapa?
Orang Gaji: (sambil menjeling penuh makna)
Datuk
Pasti?
Datuk: (dia memikir pertanyaan yang agak aneh
itu. Sambil mengingat kembali garaj keretanya dia tertunduk
lalu terlihat akan zip seluarnyanya yang tidak dikunci. Dengan agak tergagap
dan malu diapun
menjawab)
Oh,
Ya, Ya..Orait, ok, ok,
adakah awak
melihat kereta Jaguar saya di dalamnya?
Orang Gaji: (sambil tersenyum dan bersahaja..)
Tidak
Datuk, saya cuma nampak Sebuah Fiat
600cc model 1965
Datuk: (Tersengeh, cepat-cepat minum dan terus
keluar)
Orang Gaji: (suara perlahan-lahan)
P
e r a s a n L a t u.....
[Nak tengok Fiat 600 cc klik
sini. Bandingkan pulak Jaguar yang diperasan oleh Datuk tu Klik
sini. Hahahaha... perasan la pulak weh! Anda bagaimana?]
Jagindas: walaupun kita punya wang, harta dan kuasa tidak bermakna kita memiliki
segala-galanya... Jangan perasan la....hehehehe, only Fiat 600cc????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.