Selasa, 17 Julai 2012

ISU TELEFON BIMBIT BUDAK SEKOLAH


Diharap Tidak Membebankan Guru
Pelbagai jenis telefon bimbit di pasaran sekarang
 Menurut laporan akhbar hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong, berkata Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit (hp) dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Ulasan Jagindas:
           
1.  Tentunya, kementerian akan membuat garis panduan kawalan bagi mengawal kepenggunaan dan keselamatan serta hal-hal yang berkaitannya supaya kebenaran peralatan itu dibawa murid sekolah adalah demi untuk kepentingan sejagar dan keselamatan murid terutama selepas waktu rasmi persekolahan. Dalam hubungan itu, pihak sekolahlah yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengawal selianya. Formulanya? Kita tunggu pekeliling iktisas.

2.         Bermakna, bertambah lagi tugas sekolah menghadapi masalah disiplin sekolah. Ketika ini pun banyak masalah disiplin yang gagal dikawal selia oleh pihak sekolah maka dengan kebenaran membawa telefon bimbit dijangka akan menambahkan lagi masalah berkenaan.

3.         Antara peristiwa yang dijangka akan berlaku adalah: pergaduhan antara murid atas sebab-sebab kehilangan hp, merosakkan hp, rakaman perkara yang tidak senonoh, pemantauan penggunaan di asrama (pelbagai hal akan berlaku menerusi alat komunikasi itu).

4.         Masalah antara ibu bapa - bila berlaku pinjam meminjam menyebabkan cepat habis kredit. Akan timbul pula masalah sosial lain.

5.         Orang dewasa pun sukar untuk mendisiplin diri inikan pulak budak-budak sekolah. Mampukan guru menguatkuasakan undang-undang/peraturan kepenggunaannya nanti sedangkan masalah disiplin dan sosial sedia ada pun sukar untuk pihak sekolah untuk menanganinya lebih-lebih lagi berhadapan dengan sikap ibu bapa sekarang yang "bijak pandai" semuanya.

6.         Saya tidak nampak penting sangat masalah penggunaan hp ini di kalangan murid sekolah pada waktu persekolahan dan hairan mengapa hal seremeh ini pun boleh masuk dalam agenda transfomasi pendidikan dalam ruang disiplin!

7.         Kalau setakat perhubungan antara murid dengan ibu bapa, bukankah lebih baik mengaturkan dengan pihak swasta (telekomunikasi) yang membekalkan telefon awam di sekolah-sekolah dengan jumlah yang berpadanan. Rasanya, tidak semua murid memerlukan alat perhubungan itu dalam satu-satu masa!

8.         Apapun, kalau nak diluluskan juga, LULUSKAN lah, itu hak Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi,  jika berlaku perkara berbangkit, apalagi yang akan menambah pening pihak sekolah dan guru, jangan pula ia dikaitkan dengan kelemahan guru mengawal keadaan. Sebab, masalah itu sebenarnya kita yang 'import'. Makna kata, kementerian yang patut bertanggungjawab sepenuhnya.

9.         Selamat membuat keputusan yang bernas. Saya harap semua keputusan tidak ada satu pun yang tersilap putus setelah membabitkan lebih 10,000 orang dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara sejak April lalu.


Jagindas:   biasanya sesuatu dasar yang telah diluluskan dan diterima, susah untuk di tarik semula....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.