PAS MASIH GUNA
MASJID UNTUK KUTUK KERAJAAN
KISAH ahli PAS menggunakan masjid
dan surau sebagai medium untuk melepaskan geram mengutuk kerajaan bukan lagi
perkara baru. Meskipun sudah banyak kali ditegah oleh pihak berkuasa supaya
aktiviti seperti itu tidak dilakukan di institusi berkenaan demi menjaga
martabat masjid dan surau sebagai tempat beribadah, namun kedegilan golongan
terbabit memang sukar untuk dipulihkan.
Di
sebuah surau berhampiran kampung saya, kononnya sepanjang Ramadhan yang lalu,
lengkap sebulan jemaah surau berkenaan disumbat dengan pelbagai tohmahan,
fitnah dan cerita-cerita politik sebaik sahaja selepas sembahyang maghrib
sambil menunggu Isyak tiba. Malah, katanya sembang-sembang kutuk mengutuk itu
turut disambung selepas sembahyang taraweh.
Setiap
malam, ada sahaja penceramah yang diundang bagi mengisi ruang-ruang yang ada
untuk meracuni fikiran jemaah. Antaranya termasuklah bekas Menteri Besar Perak
(MB), Datuk Seri Nizar, yang umum sedia maklum seorang lelaki yang gila talak
MB.
Menyedihkan
lagi, ada beberapa orang muda yang menjadi hardcore
PAS di kampung itu, kononnya turut menyucukan jarumnya ke minda kanak-kanan dan
remaja sekolah dengan kaedah yang menjijikan.
Seorang
bapa yang saya temui berkata ibu bapa mengetahui hal itu apabila kanak-kanak
dan remaja terbabit menceritakan aktiviti tersebut kepada mereka bila anak-anak
mereka balik dari madrasah.
Akibatnya,
ibu bapa telah menghentikan anak-anak mereka ke surau berkenaan selepas sahaja tamat
Ramadhan. Menurutnya, tindakan ahli PAS itu memberi kesan apabila sembahyang
raya tahun ini surau berkenaan hanya mampu didirikan oleh beberapa saf sahaja.
Tidak seperti tahun-tahun lalu keadaan surau itu penuh dengan jemaah orang
dewasa, kanak-kanak, remaja dan wanita.
Di
masjid juga sepanjang Ramadhan lalu kononnya berlaku perkara yang serupa tetapi
ia lebih kepada cakap-cakap politik dengan tokok tambah berbaur fitnah kerana
majoriti jemaah adalah orang dewasa. Malah, khabarnya di masjid sembang-sembang
politik PAS mengisi setiap ruang yang kosong setiap hari.
Berdasarkan
senario peristiwa itu, saya terfikir barangkali atas sebab itulah agaknya, bagi
sesetengah tempat, ramai ahli kariah tidak berminat untuk berjemaah di masjid
dan surau. Sekali gus, tindakan itu memberi ruang dan peluang yang lebih kepada
ahli-ahli PAS mempergunakan institusi suci itu untuk kepentingan politik cetek
mereka.
"Kesucian masjid sebagai institusi yag
berkecuali yang sepatutnya hanya untuk tujuan beribadah, mengaji dan menuntut
ilmu sudah dinodai dan dicemari oleh PAS".
"Menjadi makmum pun kadang-kadang menimbulkan syak malah hati berkata-kata. Jadi lebih
afdhal, tenang dan ikhlas beribadat di
rumah daripada di situ meskipun jelas telah dinyatakan bahawa sembahyang jemaah
di surau dan masjid itu amat di tuntut Islam", kata seorang ahli
kariah.
Jagindas: lain
jalan ke neraka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.