Isnin, 24 September 2012

LAPANGAN TERBANG PULAU PINANG


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA
P RAMLEE



Selalunya dalam sesebuah pertandingan, maka diakhir kata selalunya kita akan mengucapkan: "Yang menang tidak semestinya menang semua manakala yang kalah pula bukan bererti kalah semua....."
            Demikian juga Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP bertuankan Lim Guan Eng. Yang tak betul tetap tak betul. Kita hentam habis-habisan. Namun, yang betul, munasabah, logik dan relevan apa salahnya kita terima. Malah tak lokek jika diucapkan terima kasih, tahniah dan syabas! di sini
            Justeru, cadangan kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan nama seniman agung negara, P Ramlee, saya fikir amat wajar, bertepatan dan begitu simbolik serta bernilai seni antarabangsa. Ini kerana, seniman itu yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang itu bukan sahaja terkenal di Malaysia dan rantau asia bahkan karya-karyanya juga diangkat ke peringkat antara bangsa.


Jagindas: Macam mana?   Sekurang-kurangnya bila LGE tidak lagi memerintah Penang selepas PRU13 nanti, adalah juga tanda kenangannya untuk negara....hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.