Selepas asar, selalunya saya akan bertemu rakan-rakan
di warong kedai kopi. Kedai kopi kami ibaratkan seperti parlimen tak
berpelembagaan. Di situ, macam-macam cerita boleh didapati. Yang baik, yang
buruk, orang mati, orang sakit, cerita-cerita kemalangan hinggalah kepada soal
saman menyaman, politik, ekonomi, hiburan, sukan dan seks. Sehingga ada cerita yang surat khabar belum keluar tapi sudah heboh dibincangkan!
Seorang rakan tiba-tiba mempersoalkan tentang
pengurusan masjid dan surau. Saya cuba menjentik
isu yang dibawanya agar ia menjadi lebih jelas dan persembangan menjadi lebih
rancak.
Dia kesal kerana dakwanya pengurusan masjid di
kariahnya dari A ke Z di uruskan oleh orang-orang yang berfahaman parti pembangkang. Katanya, kalangan iman adalah penganut PAS, bilal dan siak juga demikian.
Menurutnya, itulah sebabnya komuniti kariah sukar nak
menghalang aktiviti masjid dan surau
yang sering menjemput penceramah-penceramah atau tok-guru tok-guru yang
berorientasikan pemikiran PAS. Padahal, menurutnya pengerusi masjid dan
jawatankuasa masjid pula ramai kalangan orang parti pemerintah.
Sudah tentu, apabila isu ini di suarakan, kalangan
ahli sembang yang menyokong Barisan Nasional (BN), akan berapi-api menyatakan
rasa tak puas hati terhadap gerak-aktiviti imam-imam tersebut malah sehingga
ada yang mempersoalkan bagaimana kerajaan khsususnya Jabatan Agama Islam Negeri
boleh melantik mereka secara semborono tanpa melihat latar belakang politiknya.
Dalam dakwaannya, sekurang-kurangnya imam-imam dari
kalangan UMNO tidak menggunakan masjid untuk kepentingan politik. Tak
hairanlah dakwaannya itu kerana sebagai orang UMNO tentulah dia akan kata
begitu.
Dengan kata lain, orang PAS katanya suka menggunakan
masjid untuk kepentingan politik sempit mereka dengan berselindung di sebalik
majlis ilmu.
Oleh kerana luahan rasa dan pendapat semakin hangat,
saya yang tadinya cuma mendengar dan mengiakan sahaja apa sahaja pandangan yang
dilontarkan, secara tiba-tiba terpanggil untuk melontarkan pula persoalan
kepada isu tersebut:
“Sekiranya, imam, bilal dan siak itu di
tamatkan perkhidmatannya, adakah siapa-siapadari kalangan orang UMNO yang mampu menggantikan
tempat mereka di kariah kamu dalam keadaan sekarang? Kalau ada, mari kita
segera ke pejabat Menteri Besar dan minta perkara ini dibetulkan” saya cuba
memecahkan minda mereka. Huh! Hentak sampai ke MB tu..
Ahli sembang terhenti. Masing-masing berpandangan.
Yang memulakan isu menjawab ringkas: “Tak ada. Ada yang boleh ke depan tapi tak
mahu pulak” katanya, manakala yang lain menggeleng-gelengkan kepala sebagai
tanda memberitahu kesukaran mendapatkan ganti.
Keadaan itu menyebabkan saya terfikir tidakkah badan
pengurusan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) dan UMNO menerusi Biro Pendidikan dan Agama memikir dan
bertindak terhadap masalah ini? Tak kiralah sama ada diperingkat kampung,
cawangan, bahagian hatta negeri dan pusat sekalipun bagi memastikan keadaan seperti
itu dapat di atasi?
Kadang-kadang, jika dipandang dari segi memeriahkan masjid
dengan sembahyang jemaah, ada juga betulnya dakwaan pihak pembangkang ni: "...Orang UMNO ni lebih suka berhurara, kalau bab-bab
memeriahkan masjid pelbagai alasan diberikan"
Namun, saya percaya mungkin itu kes terpencil, masih
banyak lagi pengurusan masjid yang lebih baik dan teratur dengan menjadikan
masjid itu benar-benar sebagai tempat beribadah dan berkomuniti umat islam tanpa
di pengaruhi oleh fahaman politik. Apa pun, pemimpin hari ini perlu menyediakan
generasi pelapis sebelum ketandusan.
Jagindas: Tak kiralah siapa
yang menguruskan masjid dan surau, yang penting hendaklah orang Islam dan jujur
dalam melaksanakan tugas mereka tanpa diselimuti benda-benda lain selain
daripada .."...kerana Allah Taala".
Mantap ! Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa !
BalasPadamCantik !
BalasPadamMaaf, nak tanya sikit. Tuan Jagindas ni kaum apa ? Kalau nama Jagindas tu bunyi macam Benggali ataupun India tetapi bicara Tuan kemelayuan. Pun begitu TAHNIAH atas kewujudan blog Tuan ini, bicaranya menarik dan berfakta bukan berkisar bicara kosong.
BalasPadamini ler golongan ngaji melangkau, codek buah peliau. orang masuk ke dalam 'dia' tunggu di luor. orang ngaji dia pun ngaji. orang ngaji ada fail ada pas...tapi yang ni tak pernah fail...pas memanjang...woahaha
BalasPadam