Undi O Undi
GAMBAR HIASAN |
SEMALAM, seorang rakan megajak saya
menemankannya ke Pejabat Tanah kerana beliau berhasrat memohon sebidang tapak
tapak untuk membina sebuh rumahnya sendiri.
Sebenarnya
secara peribadi, saya memang tidak begitu berselera untuk menjenguk pejabat
tanah melainkan ketika membayar cukai tapak rumah yang saya duduki sekarang
(bukan tanah kurnia, tapi saya beli, huk huk huk...).
Sambil-sambil
menunggu rakan saya berurusan, sempat juga saya berbual dengan dua orang mamat
dipercayai staff di pejabat tanah berkenaan tetapi saya tidak kenal dia:
1. TANAH DI
BAWAH KUASA ORANG POLITIK
"Encik nak minak tanah ke? Soal tanah
ni kebanyakannya di bawah kuasa orang politik... D.O. (pegawai daearah) pun
macam tak ada kuasa dibuatnya.. Kalau tak nak sakit hati, baik le beli
saja..." katanya.
"Itu sebab orang melayu marah. Kesannya
nanti semasa mengundi.." saya cuba menjolok si mamat ni.
"Betul kata encik tu..."
langsung dia diam dan berlalu.
2. AHLI UMNO
SEPERTI PENDATANG
Seorang
lagi pegawai (saya lihat dia bawa beberapa fail pejabat berkenaan) menghampiri
saya dengan ramahnya pulak. Dia tiba-tiba sahaja bercerita tentang politik.
Tentang Datuk Hamidah Osman, Yusof Kassim, Menteri Besar dan beberapa kenamaan
lagi.
"Orang
poltik ni asyik berckap sana sini saja.. Usaha mendaftarkan pengundi muda
nampaknya buat tak kisah saja," katanya memulakan perbualan.
Saya
cuba memanaskan mindanya: "Orang
umno memang macam itu, nanti bila dah terantuk barulah kelam kabut,"
"Mereka tak faham jika tidak mendaftar
sebagai pengundi, kedudukan mereka seperti pendatang di negara sendiri ketika
musim pilihan raya, sebab tak boleh mengundi," katanya dengan semangat
penuh patriotik.
Saya
hanya mengangguk. Saya pun tidak berminat melayan si-mamat ni lebih-lebih sebab,
apa yang dia cakap sebenarnya saya sudah luahkan kira-kira dua minggu lalu di sini.
Jagindas: Yang sudah ada tanah, dapat tanah lagi. Konon
simpan untuk anak cucu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.