Yang Mana Satu Nyiru Anda?
SEBELUM ini saya
ada tulis bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru. Rupa-rupanya ada pulak
yang tak tahu nyiru tu apa. Maklumlah generasi moden, banyak yang tak kenal
benda-benda lama yang banyak berjasa.
Orang lama
banyak berjasa kepada negara beb. Jadi, kena kenal-kenallah negara kita melalui
orang lama. Itupun bukan semua, kena pilih-pilih juga. Sebab, ada juga orang lama yang lupa diri, lupa asal usul.
INILAH dia rupa nyiru. Bentuk nyiru
ni boleh dikatakan sama, kalau nak berbeza pun dari segi saiz dan warnanya
sahaja... Nak tau gunanya, tanyalah mereka yang terdahulu, tak larat nak tulis
la.. Tapi, dia boleh tutup bangkai gajah.! hahahaha
Dulu-dulu tungku batu ini digunakan untuk demah peranak wanita lepas bersalin... |
Jagindas: Alah timang kucu-kucu, anak mayang biji labu, anak punai baya tungku, anak sepat baya nyiru.....
Tengok nyiru ni teringat zaman saya bebudak dulu...nyiru ni ikat kat belakang buat cengkerang penyu...kononnya jadi penyu lah !
BalasPadamHa ha ! Saudara Yusri guna nyiru jadi penyu. I pulak guna nyiru untuk jadi perisai main lawan pedang dengan abang-abang ! Saudara Anwar boleh guna nyiru untuk tutup kemaluan kalau tak cukup muat untuk tutup malu !
BalasPadamRM3 bilion ada...boleh beli nyiru banyak-banyak untuk tutup semua perkara yang memalukan...
BalasPadamKecil nyiru bukan sebarang,
BalasPadambangkai gajah dicadangkan.
Biar ecil nyiru ku,
padi sejelapang ditampikan.
Yang arif tentang bidang bahasa pasti pernah mendengar petikan lagu ini. Amat mendalam maknanya.
Tak perlu dibeli nyiru yang banyak.Kalau ada RM 3 bilion tempah saja nyiru besar yang boleh tutup semua hujung kaki sampai kepala.
BalasPadam